Thursday, August 11, 2011

lamanya menyepi....


Assalamualaikum semua...masih blm terlambat lg utk aku mengucapkan "selamat menjalani ibadah berpuasa"...wah lamanya aku menyepi dlm dunia blogger nih...bkn apa faktor kemalasan melanda diri hampir 3bln senyap sunyi blog aku nih...tima kasih x terhingga pd yg sudi2 jenguk & singgah di sini........


Wednesday, May 4, 2011

Cameron Highlands lagi..

Assalamualaikum...minggu lepas ke cameron lagi ngan family abg aku,maklumla cuti panjang.tapi hubby still kena keja(cian kat abg,takpala next time kita p k)...kebetulan adik aku dah abih exam ambk dia kat PUO terus zasss ke cameron....cuaca ujan x berapa bestla kali ni & org punyala ramai naik pening aku dibuatnya....kita layan picja la k...




" nu un..."

" sikembar & puteri kesayanganku..."



" ni lah family abg aku...."

" mari2 buat mcm makngah buat ni k..." :p

Amerika dituduh berbohong

KEDIAMAN Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan dikunjungi penduduk tempatan yang rata-rata tidak percaya pemimpin Al-Qaeda itu telah mati dibunuh.


ABBOTTABAD, Pakistan - Pendedahan bahawa pengganas paling dikehendaki dunia, Osama bin Laden dibunuh dalam satu operasi komando Amerika Syarikat (AS) kelmarin menimbulkan pelbagai teori konspirasi terutamanya dalam kalangan profesional di bandar ini.


Malah mereka menyifatkan pembunuhan Osama itu yang disaksikan sendiri oleh Presiden AS, Barack Obama secara langsung menerusi kaca televisyen dari White House di Washington sebagai pembohongan semata-mata.

Tiada kematian dilaporkan dalam insiden helikopter tentera AS yang terhempas dalam operasi tersebut turut menimbulkan persoalan sama ada Osama berada dalam helikopter itu atau tidak.

Teori konspirasi menjadi semakin berleluasa di Pakistan dan di seluruh dunia berikutan kegagalan AS menunjukkan bukti mayat Osama yang didakwa mereka telah dibuang ke laut.

Rakyat Pakistan memang gemar dengan pelbagai teori konspirasi, ditambah rasa tidak percaya terhadap hubungan kerajaan dengan sekutunya dalam perang menentang keganasan.

Operasi tentera AS di bumi Pakistan yang berdaulat dan jaraknya hanya dua jam memandu dari ibu pejabat kerajaan serta tentera di Islamabad juga menjadi satu perkara yang memalukan.

Penduduk tempatan pula memberitahu wartawan bahawa mereka tidak pernah berjumpa dengan orang Arab apatah lagi pemimpin tertinggi Al-Qaeda itu yang berasal dari Arab Saudi.

Thursday, April 28, 2011

Perempuan Kehilangan 90 Persen Sel Telurnya Pada Usia 30-an.


Akhirnya para ilmuwan menemukan jawaban mengapa perempuan di usia 30-an cenderung sulit hamil. Menurut team peneliti dari Univeristy of St Andrews dan Edinburgh University, perempuan telah menghabiskan 90 persen "sel telur cadangan" nya ketika mereka memasuki usia 30. Meski perempuan masih dapat menghasilkan sel telur sepanjang usia 30 hingga 40 tahun, namun cadangan sel telur tersebut terus menyusut cepat.


Selama ini banyak perempuan yang berfikiran salah dengan menganggap mereka masih boleh menghasilkan sel telur dan menjaga tingkat kesuburannya. Namun penelitian ini menemukan adanya penurunan sel telur yang signifikan dengan cepat.

Menurut penelitian yang telah diterbitkan dalam jurnal Public Library of Science One, tubuh perempuan memilih telur yang terbaik dari cadangannya. Namun kualiti sel telur akan semakin memburuk saat usia perempuan bertambah dan akan meningkatkan risiko bayi terlahir dalam keadaan tidak sehat.

Dari hasil penelitian diketahui, rata-rata perempuan dilahirkan dengan 300.000 sel telur berpotensi. Tapi jumlah ini menurun pada tingkat yang jauh lebih cepat dibanding dugaan awal. Pada usia 30 tahun perempuan hanya memiliki cadangan sel telur 12 persen dan 3 persen pada usia 40 tahun.

Penelitian dilakukan dengan melihat data 325 perempuan di Inggris, AS dan Eropah dari berbagai usia untuk menilai potensi cadangan sel telurnya. Data tersebut kemudian dibuat grafik mengenai penurunan rata-rata potensi cadangan ovarium sepanjang hidup perempuan.

"Penelitian kami menunjukkan bahwa 95 persen perempuan pada usia 30 tahun hanya punya maksimal 12 persen cadangan ovarium dan pada usia 40 tahun hanya tiga persen yang tersisa," ujar sang peneliti, Dr Hamish Wallace.

Lebih lanjut, hasil penelitian juga menunjukkan adanya perbezaan besar jumlah sel telur diantara perempuan. Beberapa perempuan ada yang memiliki sel telur lebih dari 2 juta sel telur, dan sebagian ada juga yang hanya memiliki sedikitnya 35.000 sel telur.

Dr Hamish, yang berpraktik di Hospital Royal Edinburgh mengatakan penelitian ini boleh membantu meramal masa menopause dini perempuan dan pembekuan sel telur terhadap penderita barah ovarium.

Lewat penelitian ini, perempuan juga diingatkan agar tidak terlambat atau bahkan menunda rencana kehamilan, karena kesuburan perempuan menurun secara substansial setelah usia pertengahan tiga puluhan.

~~~Cantiknya Dia~~~


-Jika seorang lelaki memiliki isteri yang cantik, biasanya timbul perasaan ujub dan sombong.

-Kemana-mana ketika jalan berdua, ia akan merasa bangga sehingga mendabik dada....
-Lelaki itu akan berkata dalam hatinya, “emmm cantiknya isteri aku.” kemudian ia akan melirik-lirik    memperhatikan siapa saja yang memperhatikan isterinya. Semakin bangga dan seronok ketika isteri banyak diperhatikan orang dengan kagum dan terpesona oleh orang lain.
-Bagaikan boneka cantik, kemana pun ia pergi, siisteri akan dibawa, dengan rasa bangganya. ia akan tunjukkan pada kenalannya dalam setiap pertemuan atau pesta. Seakan-akan ketika itu ia berkata, “ini dia isteriku, cantik ‘kan? Kalau cari isteri seperti isteri aku. ada class gitu.

Dia tak tahu bahawa isteri cantik adalah ujian yang berat. Lebih-lebih jika wajah suami tidak kacak.
Isteri pasti selalu mendapat bisikan syaitan, “sayakan cantik, saya mudah mendapatkan lelaki
tampan dan kaya, apa lagi suami yang ada kekurangan dan tidak mampu memenuhi segala
keinginannya dari segi material, akan terlintas rasa penyelasalan, dan juga sekiranya suami itu
merupakan pilihan keluarga. Akhirnya pelbagai kelemahan dan keburukan akan dicari. Apatah
lagi sekiranya terjumpa lelaki yang lebih mempesonakannya. Isteri akan mulai melayani suami dengan setengah hati ( tanpa sepenuh jiwa). Yang mana akhirnya suami diperlakukan sepertibudak suruhan .Permintaan cerai tidak mustahil terlontar dari siisteri cantik ini.

Sekiranya kita lihat keadaan sekarang ada isteri yang berlaku curang, mempunyai kekasih
gelap yang lebih menjijikan membuat hubungan terlarang dengan lelaki lain. Mereka begitu
senang mempunyai kekasih gelap malah ada yang terang-terang melakukannya tanpa rasa
malu atau bersalah. Cuba bayangkan sebagai seorang islam, adakah sanggup bermaian,
menyentuh dan memakan daging babi dengan sengaja dan terang-terang?....

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;

“Janganlah kalian menikahi wanita hanya kerana kecantikannya semata-mata , boleh jadi
kecantikannya itu akan membawa kehancuran” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi).
"Jauhi oleh kalian rumput hijau yang berada di tempat yang kotor. 'Mereka bertanya,
'Apa yang dimaksud rumput hijau yang berada di tempat yang kotor itu, wahai Rasulullah?'
Beliau menjawab, 'Yaitu wanita yang sangat cantik yang tumbuh (berkembang) di tempat yang tidak baik."
(HR ad-Daruquthni, Askari dan Ibnu Adi).

Monday, April 25, 2011

Beza lelaki ngan perempuan mase lunch time

Lunch time


Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk. .
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

***** heheheehee.....

Monday, April 18, 2011

statistik umat islam di malaysia

Assalamualaikum, saya paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:


1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam

...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~