Wednesday, September 29, 2010

Konsert Maher Zain...(DIBATALKAN!!!!)

Monday, September 27, 2010

Taktik Perompak/Penyamun

Cara terbaru yg digunakan pencuri untuk memerangkap mangsanya .

Kes pertama, dengan mendatangi rumah dan mengatakan ada surat utk orang yg beralamat dirumah tersebut. Kawan- kawan nye yg lain akan bersembunyi bg mengelakkan tuan rumah dpt melihatnye.

Kes ini telah berlaku berhampiran dgn rumah saya.

Rumahnye di datangi oleh lelaki yg tidak dikenali dengan mengatakan ada surat untuk Azhar…Tuan rumah (perempuan) tersebut hanya bercakap dengan lelaki ini melalui pintu rumahnye.

Setelah hampir setengah jam berdebat dengan lelaki tersebut, tuan rumah ini memanggil jiran dibelakang rumahnye..

Jirannye (Lelaki berbadan agak besar) bersemuka dengan lelaki tersebut melalui pintu pagar hadapan dan terperanjat apabila melihat disebalik tembok tersebut ada 2 org lelaki lagi. Setelah melihat jiran tuan rumah itu, lelaki tersebut berlalu pergi.

Kes ke-2 dimana punca bekalan air utama diluar rumah dimatikan .

Pencuri menggunakan cara ini utk memerangkap mangsanye apabila tuan rumah tersebut ingin membuka semula paip air itu..

Kes ke-3, dengan menggunakan Tangisan bayi .

Peluang pencuri adalah apabila tuan rumah tersebut cuba mencari punca tangisan bayi tersebut…

Kes Ke 4: dengan pujukrayu wanita

Pintu belakang rumah anda diketuk (biasanya tgh malam atau waktu pagi sebelum subuh), apabila pintu papan dibuka ada seorang wanita Indonesia muda merayu minta dibukakan pintu grilles. Katanya dia lari daripada majikannya yg kejam. Dia merayu minta dikasihani, minta tinggal di rumah anda dan semua kerja dia akan buat percuma.

Mujurlah ada seorang jiran nampak dan telefon, katanya dia nampak ada dua lelaki bersenjatakan parang sedang bersembunyi 5 ela daripada situ. Setelah tahu rancangan mereka cepat hubungi polis.

Jgn cepat utk membuka pintu grilles.....Kalau grilles dibuka mereka akan serbu dan merompak..

Kes ke 5: Pili air anda di luar rumah sengaja dibuka....Jgn keluar utk menutupnya kecuali anda telah panggil jiran2 anda keluar bersama..

Tolong sebarkan perkara ini untuk keselamatan kite semua.Kesemua kes tersebut berlaku sekitar jam 11.30 mlm dan ke atas.Jangan cuba keluar dari rumah sekiranye anda seorang berada dirumah.

Tentang selawat

Acap kali.. sering.. selalu, malah macamnya jatuh wajib bilamana di kaca TV selepas subuh, di radio – mengingatkan kita tentang betapa pentingnya selawat. Penceramah sendiri pun selalu berselawat ketika hendak memulakan dan mengakhiri ceramahnya. Begitu juga dengan guru agama – berselawat di permulaan dan penghujung sesi pengajarannya. Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.

1. Sabda Rasullah saw: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi saw: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabi saw: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

Wallahu a’lam

"Mama_Balqis 2nd GiveAway"


Sempena Sambutan Ulangtahun Kelahiran Mama Balqis yang ke 26 saya ingin ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR...SEMOGA SIHAT2 SELALU & BERBAHAGIA HINGGA KEAKHIR HAYAT..AMIN." terimalah sebuah lagu iklas dari rakan bloggermu...

GT Boyz
Selamat Hari Jadi

Selamat hari jadi
Ku ucapkan kepada mu
Semoga yang Esa panjangkan umurmu selalu
Betapa riangnya menanti di saat ini
Ku harap kita dapat meraikan bersama-sama
Di sisi teman-teman

Selamat hari lahir
Sekali lagi ku ucapkan
Kini usia telah
Mendewasakan dirimu
Kini kau menanti pelangi kehidupan
Secerah mentari memancar buni ini
Tak dapat melupakan kenangan manis

Sambut-menyambut mesra penuh keriangan
Berdendanglah iramaku dengan mesranya
Harijadimu yang paling bahagia
Tak dapat kulupakan buat selamanya

Tiap detik beredar silih berganti
Hanya setahun sekali kau menanti
Bagaikan sejarah tersemat di sanubari

p/s: bila nak tambah bilangan anak ni!!!!

Thursday, September 23, 2010

Jam RM2.4j bakal dijual

KUALA LUMPUR - Jarang sekali kita mendengar seutas jam tangan dijual di negara ini pada harga RM2.4 juta.Sekali imbas, anda mungkin tertanya-tanya mengapa jam tersebut begitu mahal melebihi harga kereta Ferarri.
JAM A Lange & Sohne boleh didapati di salah sebuah kedai di Pavilion Kuala Lumpur.

Namun bagi sebuah syarikat pengeluar jam A Lange & Sohne yang mengeluarkan jenama A Lange & Sohne, perkara tersebut bukanlah mustahil.

Malah bagi peminat-peminat jam berjenama mahal di Malaysia, inilah masanya untuk mereka memiliki jam tersebut.

Syarikat berpangkalan di Jerman itu yang membawa falsafah produk jamnya adalah tepat waktu kini merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pasaran jam yang menguntungkan.

Bilik bedah digital RM2 juta

HOSPITAL Pakar KPJ Tawakkal di Kuala Lumpur merupakan hospital kedua di rantau ini memiliki kemudahan bilik bedah digital selepas Singapura.


KUALA LUMPUR - KPJ Healthcare Bhd. (KPJ Healthcare) melancarkan bilik bedah digital pertama di Malaysia yang menggunakan sistem navigasi di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di sini.

"Bilik bedah digital berharga RM2 juta dengan sistem navigasi itu membantu pencapaian kejayaan dalam bidang pembedahan orthopaedik.

"Bilik bedah itu juga akan bertindak sebagai platform bagi pakar-pakar orthopaedik berkongsi pengetahuan mereka serta meningkatkan pengetahuan dalam penjagaan kesihatan," kata Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir kepada pemberita di sini semalam.

Wednesday, September 22, 2010

Perpaduan...

Warga UiTM yang saya sayangi,

Dalam keadaan sekarang kita perlu fikirankan yg terbaik utk org Melayu. Peluang yg ada di UiTM perlu diberi utk majukan Org.Melayu dan Bumiputra. Kadang2 kita lupa sejarah dan menjadi terlalu liberal sehingga kita menyoalkan hak yg ada pada kita. Tanpa perpaduan org Melayu dan kerajaan Melayu mungkin UiTM akan hilang. Jangan kita lupa 7 Wasiat Raja Raja Melayu. Perpaduan Orang Melayu akan jaminkan perpaduan antara semua kaum. Semua kaum boleh bersatu dan perpaduan Orang Melayu akan jaminkan keamanan di negara kita yg disayangi oleh semua kaum.

Wasiat Raja Raja Melayu.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu .

* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

- Vice Chancellor UiTM ( Dato' VC )

...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~