Friday, October 29, 2010

CUEPACS MAHU PENJAWAT AWAM DIBENAR BERKHIDMAT SEHINGGA USIA 60 TAHUN


                                                          
Berdasarkan kajian oleh CEUPACS, had umur persaraan bagi negara jiran lebih
tinggi iaitu Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di
Singapura 62 tahun. Sememangnya ada pelbagai pro dan kontra dalam membuat
keputusan terhadap isu ini.
Kalau jadilah gesaan CEUPACS tu macam ni kut jadi keadaannya..hehehehee




Wednesday, October 27, 2010

PAPA & BABY CONTEST ! !

Salam...pakat mai ramai2 kita memeriahkan contest anjuran Cute Mum mudah saja...sila terjah di

aku pertaruh pic di bawah ni "puteri ku sayang & hubby..."


Nama Papa/Abah : Muhammad Paizal Hozizan
Nama Baby : Nurul Aqilah Nabihah
Umur Baby : 2 thn 4 bln

113 maut, 502 hilang disapu tsunami di Sumatera

BEBERAPA penduduk melarikan diri ke tempat yang lebih tinggi selepas gegaran gempa bumi kuat dirasai di Padang, Indonesia kelmarin.

JAKARTA - Kira-kira 113 orang maut dan ratusan lagi termasuk sekumpulan peluncur ombak Australia hilang kelmarin setelah ombak besar tsunami yang dicetuskan satu gempa bumi kuat melanda Kepulauan Mentawai di perairan Sumatera dengan memusnahkan perkampungan dan rumah.


Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Mujiarto berkata, menurut maklumat terkini seramai 113 ornag terbunuh.Menurut Pertubuhan Palang Merah Indonesia, bilangan mereka yang masih hilang ialah 502 orang.

Agensi Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan, gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Mentawai, barat pulau Sumatera pada pukul 9.42 malam kelmarin waktu tempatan.Gempa itu berpusat pada kedalaman 20.6 kilometer, 280 kilometer ke selatan bandar Padang.Beberapa pegawai berkata, bencana itu mencetuskan tsunami setinggi tiga meter yang menghanyutkan 10 buah kampung.

Sekumpulan pelancong Australia melaporkan bahawa bot mereka yang dinaiki 15 orang musnah dipukul ombak yang kelihatan seperti tembok air menghempas sebuah teluk selepas gempa bumi bawah laut itu berlaku.Sebahagian mereka terpaksa berpaut pada pokok-pokok untuk terus hidup.

Agensi Kaji Selidik Geologi AS menyatakan, gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.42 malam (waktu tempatan) pada kedalaman 20.6 kilometer, dan berpusat 280 kilometer ke selatan bandar Padang.
Mudjiharto berkata, tsunami di Mentawai melanda sejauh 600 meter ke darat di Pulau Pagai Selatan, lokasi paling teruk terjejas.
Sementara itu, seorang warga Australia, Rick Hallet menyatakan, dia bersama 15 yang lain melihat seolah-olah satu tembok air bergerak ke arah botnya yang dinaiki mereka di sebuah teluk di kepulauan Mentawai.
"Kami mendengar bunyi ngauman yang amat kuat," kata Hallet yang menguruskan perniagaan sewa bot di Sumatera.
"Saya terus melihat ke laut dan kami melihat tembok air itu menuju ke arah kami. Tsunami itu melambungkan sebuah bot ke arah kami dan bot kami meletup akibat rempuhan," tambahnya.

Kumpulan itu termasuk sembilan warga Australia itu kemudian bertindak pantas dengan terjun ke dalam air ketika bot mereka meletup.
Beberapa orang daripada mereka dihanyutkan sejauh 200 meter ke darat.- Agensi

Friday, October 22, 2010

Pijah, Kamu Patut Tanam Dotdot Tepi Rumah Kamu : A Contest

Salam semua...
Jom kita tngk contest anjuran http://sale-at-sitisifir.blogspot.com/2010/10/pijah-kamu-patut-tanam-dotdot-tepi.html senang dan mudah...!!!! cepat2 jangan ketinggalan.

 

Pijah, Kamu Patut Tanam Ulam Raja Tepi Rumah Kamu Kerana:


Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini

 Bunganya pon cantik di pandang....kalo nak anak benih boleh dapatkan di http://www.melur.com/
senang di tanam & mudah dijaga ...Sekian.


Thursday, October 21, 2010

10 Perkara Mengenai Jin

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).

5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” Sala Mun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Friday, October 15, 2010

Logo Kereta Mewah Ada Maksud Tersendiri !!!!

ALFA ROMEO
 Salib merah untuk mengingati jasa Giovanni Da Rio yang terkenal sebagai orang pertama yang memanjat tembok Jerusalem dan mengibarkan bendera ini saat perang salib I. simbol sebelahnya adalah gambar naga pemakan manusia yang konon menghabiskan penduduk Milan pada awal abad 5 Masehi.


BMW
Logo ini adalah sebahagian dari bendera Bavaria dan juga menunjukkan bahwa BMW membuat enjin pesawat tempur saat Perang Dunia 2.

FERRARI
Lambang kuda Ferrari yang terkenal berasal dari lambang Ace (pesawat terbang) Angkatan Udara Itali ketika perang dunia 1,milik Count Francesco Baracca. Lambang ini ditulis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan.


LAMBORGHINI
Logo ini melambangkan zodiak pemilik (Kerbau = Taurus), Ferrucio Lamborghini.Dia juga pecinta pertunjukkan matador.


LOTUS
Lihat huruf ACBC di atas tulisan Lotus? itu adalah nama pendiri perusahaan ini, Anthony Colin Bruce Chapman.


MASERATI
Lambang lembing di atas bukan lambang setan, tetapi lambang kuno bandar Bologna, kilang pertama Maserati.



MERCEDES-BENZ
Lambang bintang berbucu tiga ini melambangkan kehebatan Mercedes-Benz di laut, darat, dan udara.


AUDI
Lambang 4 cincin bersatu mempunyai maksud dari 4 perusahaan besar; Audi, DKW, Horch, dan Wanderer. Audi dalam bahasa latin bererti 'mendengar'. Dalam bahasa Jerman, Horch (salah satu pengasas perusahaan ini), ertinya juga ialah mendengar. Maka,nama Audi lah yang dipakai.



PORSCHE
Gambar tanduk dan garis merah hitam adalah lambang tentera kerajaan Wruttemberg (abad pertengahan). Stuttgart adalah bandar kilang perusahaan Porsche.




SAAB
Kepala Griffen (makhluk mitos kacukan singa dan helang) berasal dari jubah Count von Skane, yang akhirnya digunakan sebagai lambang daerah Skane di Swedia. Di daerah inilah SAAB didirikan.


RENAULT
Bentuk diamond ini pada awalnya diletak di mesin dengan segi empat di tengahnya berlubang. Gunanya sebagai lubang keluarnya suara hon (hon Renault dulunya tepat di belakang logo ini). Lama kelamaan bentuk ini dijadikan logo Renault.



SUBARU
Maksud 'subaru' adalah 'bersatu'. logo ini juga menggambarkan gugus bintang Pleiades dalam jajaran Taurus, yang dimana terdiri dari 6 bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam mitos Yunani, Atlas, dewa pengangkat beban, anak-anak perempuannya menjelma menjadi 6 bintang ini.


MITSUBISHI
3 berlian melambangkan 3 armada kapal yang dimiliki oleh pengasas perusahaan ini pada saat awal didirikan.



VOLVO
Volvo bererti 'aku pergi' dalam bahasa latin. Lambang jantan disitu bukan bererti lelaki, tetapi lambang kuno besi, dimana besi banyak dtemui di Sweden.

YAMAHA
Yamaha memakai lambang 3 garfu tala kerana pada awalnya mereka adalah pengeluar alat muzik.Garpu tala berguna untuk mengatur nada pada alat muzik


Bantah konsert artis homoseksual Yahudi di Kuala Lumpur

Oleh MOHD AKMAL AFIQ BIN MOHAMAD


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada konsert 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dianjurkan oleh Marctensia Entertainment dan syarikat rakaman Sony Music bakal diadakan pada hari khamis ini di Stadium Bukit Jalil.

PKPIM berpendirian tegas membantah konsert Adam Lambert yang bakal diadakan berkenaan memandangkan konsert tersebut melibatkan artis yang berlatar belakangkan peribadi moral yang negatif dan bertentangan dengan nilai agama dan norma-norma kehidupan serta kebudayaan negara ini.

Adam Lambert, atau nama sebenarnya Adam Mitchel Lambert yang berketurunan Yahudi dikenali sebagai artis gay atau homoseksual.

Selain itu, beliau juga sebelum ini aktif membuat persembahan di Hebrew, Israel pada tahun 2005 sempena beberapa acara dengan menyayikan beberapa lagu popularnya seperti Shir LaShalom dan lagu tema Yahudi iaitu The Ten Commandments-The Musical.

Walaupun Adam Lambert menerusi laman Twitter beliau bersetuju untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, tetapi penganjuran konsert beliau ini melambangkan seolah-olah kita menerima dan membenarkan seorang individu yang tidak bermoral ke dalam masyarakat.

Tambahan pula, konsert seperti ini jelas melanggar Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu antara lain menetapkan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan dan berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.

PKPIM meluahkan kebimbangan yang sangat besar akan kesan penganjuran konsert seperti ini kepada generasi muda kerana melihat kepada trend ikutan budaya Barat semakin menjadi-jadi di Malaysia.

Gejala hedonisme, iaitu hiburan yang melampau-lampau semakin hari semakin menghakis daya intelektual dan budaya masyarakat Malaysia.

Penganjuran konsert terbabit boleh menggalakkan budaya yang tidak sihat ini. Perlu disedari bahawa, budaya timur yang menghiasi masyarakat kita sejak turun temurun dari generasi ke generasi begitu kaya dengan amalan budi bahasa, sikap sopan santun, berpekerti mulia yang jelas bercanggah dengan budaya Barat ini.

Justeru itu, PKPIM menggesa supaya penganjuran konsert terbabit dibatalkan. PKPIM juga menyeru agar semua kembali bersama-sama menghayati dan menjadikan kesenian Islam dan kemurnian bangsa itu menjadi teras kepada pemerkasaan budaya kita.

Sebagaimana yang termaktub dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang menitik beratkan kepada implementasi elemen Islam dan unsur budaya timur dalam segala program kebudayaan dan penyiaran yang diadakan di negara ini.

Masyarakat dan kerajaan umumnya perlu sedar bahawa kita sudah mempunyai acuan kita sendiri untuk berjaya. Usah hanya menjadi pengagum budaya orang lain, sedangkan kita tidak sedar akan kemuliaan budaya kita sendiri.

Kekuatan tradisi keagungan Islam dan ketuanan Melayu yang kita warisi berabad lamanya sudah cukup utuh menjadi gagasan kukuh mengangkat kita menjadi umat gemilang atau “khayra ummah” menjelang tahun 2020.

“Hidup Biar Berjasa”

MOHD AKMAL AFIQ BIN MOHAMAD (870216-10-5119)
Timbalan Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

--

...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~