Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Friday, April 2, 2010

PoNdOk-PoNdOk...


" ish..ishh..ishhh anak sapa la ni,anak aku la mcm hero tapi heroin kahh..kahhh..."

Tuesday, February 23, 2010

keluhan seorang suami & jawapan seorang isteri...

Duhai isteriku... .


Abang ingin kahwin lagi..

bukan dirimu telah ku benci..

cuma hadirnya tanpa ku sedari..

dia rakan abang di tempat kerja..

selalu sangat abang bersama..

dah tugas bukan sengaja..

abang takut syaitan menggoda..

memang abang akui dia cantik..

lenggok jalannya buat hati berdetik..

dia juga dari golongan baik-baik..

beradab bersopan juga cerdik..

dia tak pernah cuba menggoda..

cuma abang nie perasan saje..

bila bekerja berbincang bersama..

entah kepala nie dah melayang ke mana..

mungkin dia tak rasa apa-apa..

bukan sayang sudah abang jemu..

sayang masih lagi cantik seperti dulu..

namun bukan cantik sayang yang abang perlu..

layanan sayang itu yang buat tak jemu..

cuma di office sayang tak ada..

boring dan jemu datanglah juga..

tak ada sapa nak ajak berbicara..

itu sebab abang call hampir setiap masa..

nak menunggu sampai dirumah tak terdaya..

dirumah sibuk nak uruskan anak pula..

abang akui lengkap sudah dirimu..

cuma abangkan berhak kawin dua..

bahkan empat pun tak apa..

sebab itu ketentuan yang Esa..

DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya..

lelaki memang sukar mengawal gelora..

itu dikurniakan akal sembilan..

buat melawan nafsu godaan..

namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan..

sembilan tentera terlalu mudah dikalahkan..

lain perempuan nafsunya sembilan..

tapi itu nafsunya pangkat bawahan..

akalnya pula berpangkat sarjan..

Duhai isteriku...

maafkan abang mencari selainmu..

ini demi menghalang maksiat berlaku..

sebelum terlanjur godaan nafsu..

kan lebih baik dihalalkan dulu..

abang berjanji seadil yang mampu..

*******************************************************************************
Kalau Abang nak kahwin lagi... ..

Jawapan Isteri untuk Keluhan Seorang Suami

Aduhai abang ... ... ...

makin ku sayang

makin kuat kau melayang

abang ingin menikah lagi... !

menikah lah bang, saya tak kecik ati

bagus juga kalau begitu tak pening kepala, asyik layan abang selalu

Lagipun bang, Pah tak kuasa nak cemburu

Pergilah abang sayang, Pah rela di madu

Abang nak menikah, itu abang punya suka

Pah tahu abang mampu menikah 2, 3

Malah 4 sekalipun abang berkuasa

Pah pikir balik apa yang abang kata

Yelah... takut nanti syaitan datang menggoda

Nafsu pula tak tertahan adanya

Tambahan sidia yang abang gila

Boleh tahan keSEKSIannya...

Tapi abang jangan sesekali lupa

Pah juga masih POWER...

Meskipun Pah dah beranak Lima

BODY Pah masih bergetah juga

Abang sendiri mengaku, l! Layanan Pah kelassss no 1, itu sumer gara-gara penangan jamu

Abang pandai cari alasan

Bila di opis jemu & bosan

Tak de Pah disisi untuk melayan

Dulu waktu Pah kerja, abang tak beri

Konon-konon tak suka org lain nengok Pah seksi

Alasannya abang asyik sakit ati

Meskipun waktu itu, Pah abang pu! nya SECRETARY

Bang, bila rancangan abang nak menikah lagi?

Jangan lupa ingatkan Pah tarikhnya nanti!

Untuk pengetahuan abang sayang,

Sebelum abang berbini baru

Pah dah siapkan list untuk abg GO THROUGH

Ini bukannya apa, hanya persiapan kecil untuk Pah & anak-anak yang mana perlu Bang, jangan lupa nafkah anak-anak sorang seribu

Alah, untuk anak-anak kan abang mampu

Pastu kereta Pah, rasanya perlu di tukar baru

At least Merce 3 series, baru kelas gitu

Rumah juga Pah rasa perlu pindah

Pah nak tinggal di Rumah Banglo yang punya 8 bilik dan taman yang indah

Dan abang sayang, Elaun untuk Pah juga perlu, Pah rasa RM 5 ribu, lagipun abang mampu

Bukannya apa, duit tu perlu untuk set rambut, mandi lulur, facial dan penjagaan BODY, Nanti bolehlah Pah saing dengan bini muda abang sekali

Bang, oh abang sayang

kemana sudah fikiran abang melayang

Ini hanya sebahagian permintaan Pah

Abang pulak jangan cepat melatah

Lagipun abang juga nanti yang dapat nama

Orang kata, sayang bini juga rupanya dia

Lebih-lebih lagi si - bini TUA

Bak kata pepatah : SUSAH SENANG KITA BERSAMA

Bang, Pah lupa kat mana butang baju Melayu di simpan

Takpelah, nanti butang yang bertakhta intan Pah carikan

Barulah cantik dipakai berkilau-kilauan

Berlip-lap-lip-lap di hari pernikahan

Bang, Pah nak beritahu sesuatu

Supaya abang ingat pada Pah selalu

Pah cinta dan sayang abang sampai akhir hayat

Sumpah bang, Pah bukan nak ayat!

Percayalah pada Pah bang, cinta Pah cinta sejati

Abang pun pernah berjanji

Abang kata nak bahagiakan Pah sampai mati

Jadi Pah fikir lagi, sumbe! r tuntutan Pah dari abang REASONABLE Dan Pah meminta secara HUMBLE

So, bang... . jangan lupa yea..

Tunaikan dulu segala-galanya Sebelum hajat abang berbini baru terlaksana...

I Luv U Abang,

Pah.

*** so kepada sang suami dah faham kot luahan hati si isteri.....

Thursday, October 1, 2009

Kajian: Bau Ketiak Lelaki Menjadi Penawar Tension?



Petua Rumah Tangga


Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu.


Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid..


Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.


Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.


Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.


Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004…kalau tak caya…


So kengkawan kalau tengah stress tu …..bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend.


Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.


Moral of the Story…. So kalau isteri dok tention tu … lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu insyaallah mood dia ok…….


Ha..ha…ha. … selamat mencuba…& Kepada para isteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bau ketiak suami ……..


p/s: coba kau coba.....

Wednesday, June 3, 2009

Macam mana nak berhadapan dengan HANTU!


menarik!!!!!!!
Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya.Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya.Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun,selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita,jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah.Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia,pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa.Kalau terserempak dengan dia,kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia,tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia.Cara mengalahkannya senang saja,sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia,bagi duit raya,ajak main meriam buluh,suruh kacau dodol atau jaga lemang.Tentu dia tak kacau k ita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia,kita hendaklah meniarap.Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas,lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.

Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab,hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja,lepaih tu nengok e-mail,blog..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja ... .. hehehehehe huawahahah

LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!!!
***********************************************************

...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~