Thursday, August 20, 2009

Mari Belajar Make-up...

"Pastu sapukan pada pipi anda..."siap

"Buka bedak ni ikut suka ati anda..."

"Ambik bedak Complexion Control Powder ibu anda..."

ni la kejanya kalau anak pompuan,x blh lari dr kecantikan.kalo jumpa bedak ngan cermin mesti jd keja,kan...kan....

Wednesday, August 19, 2009

Menjelang Tiba Ramadhan...Bulan Mulia







Salam,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

Contest " Jom Komen ! "

Assalamualaikum...jom join contest ni!!!!!
ni aku copy ja dr blog yatie k...

Contest contest contest! Lagi lagi contest.. kali ni contest " Jom Komen ! " hoho berminat? kalau berminat teruskan membaca bebelan ini..hehe. Ok, tugas korang senang je, itu pun kalau korang rajin la...komen je mana-mana entri kat sini :
dan sini :kumpul semaximun mungkin jumlah komen korang. Senang kan? contest ni takde due date..yang bestnya tiap-tiap minggu akan ada sorang pemenang based on syarat-syarat dan jumlah komen korang...takde due date untuk contest ni (insyaAllah kalau umur panjang dan keadaan yang mengizinkan)Terms & Condition :- Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang rajin komen tak kira pangkat atau warne kulit ( yang malas komen pun boleh join gak jika nak merajinkan diri untuk komen).- Mereka yang takde blog pun boleh join.- Komen atau pendapat hanya berkenaan entri.- Simple komen pun dah ok, asalkan relate ngan entri..contoh : wah peliknya / wah bengapnye..atau komen panjang-panjang lagi bagus (suka baca komen)- Komen berulang ngan ayat yang sama cukup 3 kali yatie delete tinggal satu je dan tak diterima sebagai komen (haha! sambil gelak ala-ala kejam)Caranya??- Macam biasa, tampal banner kat bawah dalam blog korang dan buat entri berkenaan contest ni, eheh
Copy this code to your website to display this banner!Photobucket

- Register untuk create account intense debate comment, simple register je.. klik sini... ( kalau tak register, sistem komen intense debate tidak akan count jumlah komen korang walau sebanyak mana pun korang komen..tak ke haru? so register la yek, simple register je)- Jangan lupa add link blog korang pada acount profile intensedebate masing2..klik profile > edit profile > Add blog > save setting.. ( senang yatie nak refer kalau korang menang nanti )- Lepas tu, korang boleh la start komen disini & disini..ngeh3. jumlah komen akan tertera pada link acount intense debate masing-masing..yatie akan refer kat situ
( jumlah komen dikira untuk kedua-dua blog)
Sonang je kan? tak rugi pun kalau korang komen..dapat hadiah lagi..apa hadiahnya?
Hadiahnya adalah sebentuk cincin permata (salah) hadiah biasa jek, aku akan lukis dua keping potret untuk setiap pemenang (betul)...dan untuk minggu-minggu special (time ada rezeki lebih,ngeh3) hadiahnya special sikit (sikit je la) iaitu topap RM10 plus 2 potret...
berminat? so apa lagi, jom pakat ramai-ramai komen kat sini dan sini ! muahahaha!!! (ada rupa jahat tak?Mekasih..salam..

Tuesday, August 18, 2009

*** Bebas H1N1 ***




Assalamualaikum cemua...bersyukur kehadrat Illahi,aku skrg nih dah bebas dr demam,batuk,selesema & sebagainya.puteri aku pun sama cuma kadang2 tu ada la jgk batuk & selesema almaklumla musim hujan kan.fuhhhh.... lama sungguh aku cuti nih,mcm malas plk nak mai keja tapi apakan daya keja mkn gaji mcm ni la." saya yg menurut perintah...".

Monday, August 10, 2009

:: RADIX fc ::

"geramnya aku lmbt sngtla..."

mil aku...
aku yg semakin montel....

hubby & puteri aku...


" ibu nak tu...tu..."


Assalamualaikum,ptg khamis lepas,hubby aku bawak p mkn kat RADIX FRIED CHICKEN.ni kira kali ke2 la aku p,almaklumla jauh kalau dekat2 area sini x tau la brp kali dah aku p.punyala teringin nak mkn mcm megidam plk hehehheee...aku tngk dlm blog member aku balik keja terus aku ajak hubby aku p.hhmm...awatla lmbt sngt buka kat penang nih???kalau aku ada modal teringin jgk aku nak buka kat png nih...kuang..kuanggg.kalau ada sesiapa yg nak join HPA blhla contact aku k.(www.hpa.com.my)






Info H1N1...


MENGURANGKAN PENULARAN INFLUENZA A H1N1 (SELSEMA BABI)
ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA


Ramai diantara warga UiTM telah mengetahui apa itu Influenza A H1N1 dan wabak ini juga telah menular dengan senyap dikalangan kita, tetapi masih ada segelintir yang tidak ambil endah atau masih tidak tahu akan kehadiran wabak ini. Baik Cegah Sebelum Parah . Ia boleh berulang seperti mana berlaku pada 19 Julai 2009 dimana ia membawa kepada penutupan Kampus UiTM Pulau Pinang pada 22 Julai 2009.
Mengawal penularan H1N1 adalah tanggungjawab setiap individu sama ada pelajar atau kakitangan UiTM malah masyarakat sekeliling kita juga terlibat. Ia bukan hanya tanggungjawab unit/jabatan/kementerian tertentu sahaja.
Influenza A H1N1 adalah merbahaya bagi individu-individu berisiko dibawah:
1) Obese atau gemuk
2) Mempunyai penyakit paru-paru seperti Bronchiol Asthma, COAD
3) Mempunyai penyakit kronik seperti Penyakit Jantung, Kencing Manis
4) Wanita Mengandung
5) Kanak, remaja dan orang tua (> 55 tahun)
6) Pesakit yang kurang daya tahan penyakit seperti AIDS, Kemoterapi
Kes kematian di Malaysia semakin meningkat dari sehari ke sehari dan kebanyakan kes adalah terdiri daripada kumpulan berisiko diatas.
Wabak ini mungkin akan berlarutan setahun sehingga 3 tahun. Oleh itu, semua warga UiTM P.Pinang perlu lakukan perkara berikut sekiranya anda mempunyai tanda-tanda jangkitan Influenza A :


DEMAM PANAS ( >38*C), BATUK, SAKIT TEKAK, SAKIT BADAN.


Apa yang patut ANDA lakukan sekiranya dijangkiti Influenza A ?
1. Makan ubat yang dibekalkan mengikut jadual
2. Minum air sebanyak mungkin supaya tidak dehidrasi serta makan makanan yang berkhasiat
3. Rehat secukupnya di rumah/ bilik
4. Segera dapatkan rawatan kecemasan sekiranya mempunyai tanda-tanda berikut :


GANGGUAN PERNAFASAN, BATUK BERDARAH, SAKIT DADA YANG BERTERUSAN, CIRIT-BIRIT ATAU MUNTAH BERTERUSAN,DEMAM PANAS MELEBIHI 3 HARI,
PERUBAHAN TINGKAHLAKU YANG ABNORMAL ATAU SAWAN,
LEMAH DAN TIDAK STABIL KETIKA BERDIRI

5. Amalkan langkah pencegahan jangkitan Influenza A dengan :
i. Sentiasa amalkan etika batuk dengan menutup muka dan hidung ketika batuk atau bersin dengan menggunakan tisu/sapu tangan serta cucikan tangan selepas batuk atau bersin
ii. Basuh tangan sekerap mungkin dengan air dan sabun secukupnya
Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah
iii. Jangan menggunakan / berkongsi barangan keperluan harian seperti pinggang mangkuk, sudu, tuala dan sebagai dengan pengidap Influenza A
iv. Elakkan dari berada di tempat yang padat sekiranya anda sedang mempunyai tanda-tanda jangkitan Influenza A sehingga sihat sepenuhnya. Sekiranya anda perlu keluar, pastikan anda sentiasa memakai penutup muka (mask) dan mengamalkan Etika Batuk
v. Jarakkan diri anda dari orang ramai sekurang-kurangnya 1 meter

Sebagai sebuah Institusi Pengajian, ada beberapa aktiviti-aktiviti teras perlu diteruskan seperti kuliah, kokurikulum, peperiksaan dan konvokesyen. Namun langkah-langkah pencegahan yang berterusan perlu dilakukan seperti asingkan/ jarakkan pelajar yang tidak sihat dengan pelajar yang sihat, pemakaian penutup muka dan arahan isolasi.

Begitu juga penganjuran program-progran dikampus, beberapa perkara untuk kebaikan bersama perlu diambil kira sebelum sesuatu program dijalankan:

1) Program yang boleh ditangguhkan, amat dialu-alukan untuk berbuat
demikian.

2) Program yang tidak boleh dielakkan perlulah mengambil langkah-langkah
tambahan seperti:

i) Pihak penganjur perlu buka kaunter saringan atau kaunter penerangan
H1N1 yang dikelolakan oleh pihak penganjur.

ii) Pemberian risalah H1N1

iii) Pengumuman oleh pihak penganjur, sebelum majlis bermula supaya
sesiapa yang mempunyai symptom ILI, asingkan diri dari crowd atau pakai
face mask.

iv) Setiap program yang dianjurkan, perlu menetapkan bujget untuk Face
Mask.

TERIMA KASIH dengan kerjasama semua pihak untuk bersama menandatangani ancaman wabak Influenza A H1N1 (Selsema Babi). Insya Allah, dengan berkat doa kepada Allah S.W.T, kita akan dilindungi-Nya dari malapetaka ini.

Friday, August 7, 2009

Si ComoT...



"nabihah punya jng ambk la..."mcmla anak aku dah blh b'cakap

"ibu,nabihah dah abih mkn jom2 kt mandi..."

"adoila...sakitnya kepala aku ni,tolongggg"

ni la jadinya bila puteri aku nak mkn sendiri,tngk tu kalau org png cakap belemoih(comot),balik ja keja aku terus ambk puteri aku kat pengasuh(tok kiah).aku mesti beli apa2 makanan tuk puteri aku ni(kira wajibla dah jd kebiasaan)puteri aku ni akan buka beg aku tuk tngk apa yg ada di dalam tu...kalau x beli mcm kesian ja buka beg kosong....,
alahai puteri ku syg...


...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~