Tuesday, June 30, 2009

~ bulan rejab ~

Assalamualaikum...

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429/Isra Mi'raj (rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5,6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Thursday, June 11, 2009

~Selamat Hari Lahir Anakku Sayang~




~Selamat Hari Lahir Anakku Sayang~

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Anakku Sayang

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Anakku Sayang
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihiasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

InsyALLAH,Amin

Wednesday, June 3, 2009

Macam mana nak berhadapan dengan HANTU!


menarik!!!!!!!
Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya.Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya.Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun,selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita,jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah.Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia,pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa.Kalau terserempak dengan dia,kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia,tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia.Cara mengalahkannya senang saja,sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia,bagi duit raya,ajak main meriam buluh,suruh kacau dodol atau jaga lemang.Tentu dia tak kacau k ita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia,kita hendaklah meniarap.Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas,lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu.

Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab,hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja,lepaih tu nengok e-mail,blog..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja ... .. hehehehehe huawahahah

LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!!!
***********************************************************

Mengapa Ada Orang Tidak Kisah Pada Mati?

Berbagai-bagai jawapan kepada soalan tersebut, antaranya:
1. Tidak pernah rasa sendiri azabnaya sakratulmaut, krn tidak pernah ada org yg mati itu hidup kembali utk menceritakan kengerian waktu nazak
2. Ia perkara lumrah.... semua orang mati...!!!
3. Macam-macam jawapan lagi.........

Maka berlakulah orang berlumba-lumba utk mencari kekayaan dgn pelbagai cara yg salah; riba, menipu, mencuri, rasuah dll.

Maka ada pula org yg mengejar pangkat dan kedudukan dgn mengampu, membodek, mengadu domba dll.

Maka ada juga yg meraih nama dan sanjungan dgn hasad dengki, memburukkan orang lain, menjatuhkan rakan taulan dll.

Maka keluarlah pula Mat Rempit yang tidak takut mati kerana tidak sayangkan nyawa yg kononnya diberi percuma oleh Tuhan.

Mungkin dari kisah yg saya paparkan di bawah ini ada jawapan yang tepat, bukan untuk lulus periksa tapi untuk lulus ujian Allah SWT:

Suatu hari Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik dari Kerajaan Bani Umaiyyah telah singgah di Madinah dlm perjalanannya ke Mekah. Beliau telah bertanya penduduk di situ: Masih adakah di Madinah ini orang yg tlh menemui masa hidup salah seorang Sahabat Nabi SAW? (maksudnya di sini ialah seorang Tabi’in- penulis). Beliau diberitahu ada seorang yg bernama Abu Hazim. Khalifah lalu menghantar utusan utk menjemput Abu Hazim datang menemuinya.

Dalam majlis khalifah bertanya kpd Abu Hazim:
”Wahai Abu Hazim mengapa kamu begitu sombong?”
”Mengapa Tuan Amir berkata demikian, apakah sombongnya yg Tuan lihat dari saya?”
”Semua pembesar-pembesar Madinah dtg mengadapku tetapi engkau tidak berbuat begitu?”
”Wahai Amir! Saya mohon Allah supaya melindungi Tuan Amir daripada berkata sesuatu yg tdk benar. Tuan Amir tdk pun mengenali saya sebelum ini dan saya juga tdk pernah melihat Tuan.”

Kalifah tunduk dan berkata: ”Benar kata-kata tuan Syeikh ini dan akulah yg tdk benar.”

Khalifah terus bertanya kpd Abu Hazim:
”Wahai Abu Hazim! Mengapa kita tdk sukakan mati?”
Jawab Abu Hazim:”Kerana Tuan telah meruntuhkan akhirat dan dan membina dunia. Lalu Tuan tdk suka berpindah dari pembangunan kpd keruntuhan.”

”Benar katamu wahai Abu Hazim. Bagaimanakah gerangan kita akan kembali menemui Allah?”
Abu Hazim spontan menjawab: ”Adapun org baik akan kembali seperti si kelana menemui keluarganya dan kekasihnya, tetpi orang yg jahat akan kembali seperti si hamba yg melarikan diri dr tuannya.”

Mendengar jawapan tersebut Khalifah Sulaiman terus menangis teresak-esak seraya berkata: Demi rambutku, apakah yg kita ada di sisi Allah kelak?”

Kisah di atas disebut oleh Imam Al-Tabari dlm tafsirnya yg diriwayatkan oleh Imam al-Darami dr al-Dahhak bin Musa. Ceritanya panjang, tetapi saya petik sedikit daripadanya.

Monday, June 1, 2009

Afgan


Artist : Afgan
Lirik Lagu Afgan - Entah

kutahu, kau selingkuh
kau duakan cintaku yang tulus
kau tahu, diriku
tak pernah berpaling dari dirimu
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...

tak pernah ku bayangkan
cerita kita berakhir begini
tega nya kau dustai semua
janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...

masih kah ada, o...
cinta dihati ini
dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku...

Entah masih kah ada cinta dihatiku
untuk mu
entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o...

...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~