Wednesday, June 3, 2009

Mengapa Ada Orang Tidak Kisah Pada Mati?

Berbagai-bagai jawapan kepada soalan tersebut, antaranya:
1. Tidak pernah rasa sendiri azabnaya sakratulmaut, krn tidak pernah ada org yg mati itu hidup kembali utk menceritakan kengerian waktu nazak
2. Ia perkara lumrah.... semua orang mati...!!!
3. Macam-macam jawapan lagi.........

Maka berlakulah orang berlumba-lumba utk mencari kekayaan dgn pelbagai cara yg salah; riba, menipu, mencuri, rasuah dll.

Maka ada pula org yg mengejar pangkat dan kedudukan dgn mengampu, membodek, mengadu domba dll.

Maka ada juga yg meraih nama dan sanjungan dgn hasad dengki, memburukkan orang lain, menjatuhkan rakan taulan dll.

Maka keluarlah pula Mat Rempit yang tidak takut mati kerana tidak sayangkan nyawa yg kononnya diberi percuma oleh Tuhan.

Mungkin dari kisah yg saya paparkan di bawah ini ada jawapan yang tepat, bukan untuk lulus periksa tapi untuk lulus ujian Allah SWT:

Suatu hari Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik dari Kerajaan Bani Umaiyyah telah singgah di Madinah dlm perjalanannya ke Mekah. Beliau telah bertanya penduduk di situ: Masih adakah di Madinah ini orang yg tlh menemui masa hidup salah seorang Sahabat Nabi SAW? (maksudnya di sini ialah seorang Tabi’in- penulis). Beliau diberitahu ada seorang yg bernama Abu Hazim. Khalifah lalu menghantar utusan utk menjemput Abu Hazim datang menemuinya.

Dalam majlis khalifah bertanya kpd Abu Hazim:
”Wahai Abu Hazim mengapa kamu begitu sombong?”
”Mengapa Tuan Amir berkata demikian, apakah sombongnya yg Tuan lihat dari saya?”
”Semua pembesar-pembesar Madinah dtg mengadapku tetapi engkau tidak berbuat begitu?”
”Wahai Amir! Saya mohon Allah supaya melindungi Tuan Amir daripada berkata sesuatu yg tdk benar. Tuan Amir tdk pun mengenali saya sebelum ini dan saya juga tdk pernah melihat Tuan.”

Kalifah tunduk dan berkata: ”Benar kata-kata tuan Syeikh ini dan akulah yg tdk benar.”

Khalifah terus bertanya kpd Abu Hazim:
”Wahai Abu Hazim! Mengapa kita tdk sukakan mati?”
Jawab Abu Hazim:”Kerana Tuan telah meruntuhkan akhirat dan dan membina dunia. Lalu Tuan tdk suka berpindah dari pembangunan kpd keruntuhan.”

”Benar katamu wahai Abu Hazim. Bagaimanakah gerangan kita akan kembali menemui Allah?”
Abu Hazim spontan menjawab: ”Adapun org baik akan kembali seperti si kelana menemui keluarganya dan kekasihnya, tetpi orang yg jahat akan kembali seperti si hamba yg melarikan diri dr tuannya.”

Mendengar jawapan tersebut Khalifah Sulaiman terus menangis teresak-esak seraya berkata: Demi rambutku, apakah yg kita ada di sisi Allah kelak?”

Kisah di atas disebut oleh Imam Al-Tabari dlm tafsirnya yg diriwayatkan oleh Imam al-Darami dr al-Dahhak bin Musa. Ceritanya panjang, tetapi saya petik sedikit daripadanya.

No comments:

...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~