Wednesday, October 27, 2010

113 maut, 502 hilang disapu tsunami di Sumatera

BEBERAPA penduduk melarikan diri ke tempat yang lebih tinggi selepas gegaran gempa bumi kuat dirasai di Padang, Indonesia kelmarin.

JAKARTA - Kira-kira 113 orang maut dan ratusan lagi termasuk sekumpulan peluncur ombak Australia hilang kelmarin setelah ombak besar tsunami yang dicetuskan satu gempa bumi kuat melanda Kepulauan Mentawai di perairan Sumatera dengan memusnahkan perkampungan dan rumah.


Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Mujiarto berkata, menurut maklumat terkini seramai 113 ornag terbunuh.Menurut Pertubuhan Palang Merah Indonesia, bilangan mereka yang masih hilang ialah 502 orang.

Agensi Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan, gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Mentawai, barat pulau Sumatera pada pukul 9.42 malam kelmarin waktu tempatan.Gempa itu berpusat pada kedalaman 20.6 kilometer, 280 kilometer ke selatan bandar Padang.Beberapa pegawai berkata, bencana itu mencetuskan tsunami setinggi tiga meter yang menghanyutkan 10 buah kampung.

Sekumpulan pelancong Australia melaporkan bahawa bot mereka yang dinaiki 15 orang musnah dipukul ombak yang kelihatan seperti tembok air menghempas sebuah teluk selepas gempa bumi bawah laut itu berlaku.Sebahagian mereka terpaksa berpaut pada pokok-pokok untuk terus hidup.

Agensi Kaji Selidik Geologi AS menyatakan, gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.42 malam (waktu tempatan) pada kedalaman 20.6 kilometer, dan berpusat 280 kilometer ke selatan bandar Padang.
Mudjiharto berkata, tsunami di Mentawai melanda sejauh 600 meter ke darat di Pulau Pagai Selatan, lokasi paling teruk terjejas.
Sementara itu, seorang warga Australia, Rick Hallet menyatakan, dia bersama 15 yang lain melihat seolah-olah satu tembok air bergerak ke arah botnya yang dinaiki mereka di sebuah teluk di kepulauan Mentawai.
"Kami mendengar bunyi ngauman yang amat kuat," kata Hallet yang menguruskan perniagaan sewa bot di Sumatera.
"Saya terus melihat ke laut dan kami melihat tembok air itu menuju ke arah kami. Tsunami itu melambungkan sebuah bot ke arah kami dan bot kami meletup akibat rempuhan," tambahnya.

Kumpulan itu termasuk sembilan warga Australia itu kemudian bertindak pantas dengan terjun ke dalam air ketika bot mereka meletup.
Beberapa orang daripada mereka dihanyutkan sejauh 200 meter ke darat.- Agensi

...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~