Monday, February 28, 2011

Misi Mencari Harta Karun...

Salam cemua....Lokasi JETI BATU MUSANG (BATU KAWAN) ala jeti untuk ke PULAU AMAN...memang bestla sempoi....
gaya seorang pemancing heheheee...
puteri kesayanganku...


ha tu dia misi mencari harta karun...gali2 lubang.


inilah harta karun yg berjaya ditemui kuang..kuang..kuang....

xtvt lps ni mandi manda plk la...

jom belajar berenang didarat hehehe...bubbyeeeeeeeee.


Thursday, February 24, 2011

Tanda-tanda Wanita Mahu Menjauhi

DALAM MENJALIN HUBUNGAN, ADA KALANYA KITA GAGAL MENEMUI TITIK KETIDAKSERASIAN BERSAMA PASANGAN. MUNGKIN MASALAH-MASALAH YANG TIMBUL JUGA MEMBUATKAN KITA MAHU MEMUTUSKAN PERHUBUNGAN. DI BAWAH INI ADALAH TANDA-TANDA WANITA MAHU MENJAUHI DIRI ANDA. JADI KEPADA LELAKI, INI ADALAH TANDA-TANDA YANG PERLU ANDA FAHAMI.


Berpura-pura masih cinta

Dia memang sudah lama mahu memutuskan perhubungan namun kerana anda masih mencintainya, dia masih meneruskannya. Tapi ada saja perkara-perkara yang dibuat menyakiti hati anda. Dia akan memanipulasi atau mempergunakan anda demi kepentingannya.

Dia Keluar Bersama Lelaki Lain

Anda sudah bersiap sedia untuk keluar bersama kawan-kawan, tiba-tiba dia menghubungi anda dan mengajak keluar bersamanya. Alasannya sangat biasa dan mahu anda bertemu juga. Namun ketika anda datang bertemunya, dia sedang duduk minum bersama lelaki dan bertanya adakah lelaki tersebut menyayanginya. Saat anda melihat adegan tersebut, sudah tentu hati anda hancur bukan!

Tidak mahu mengaku menjalin hubungan

Teman-teman melihat anda keluar ke sana ke mari dengannya, selain anda sendiri menyatakan perasaan suka dan berkongsi segala rasa duka bersamanya. Namun bila kawan-kawan bertanya adakah anda pasangannya, hanya anda saja yang menjawab ya sedangkan dia tidak menyatakannya langsung.

Mengkritik secara terbuka

Bila hati sudah tidak suka, akan timbul berbagai-bagai cara agar anda pergi jauh dari hidupnya. Namun mungkin disebabkan anda begitu mencintainya, anda masih mahu menunggu dia sebagai kekasih.
Tetapi satu yang harus anda belajar, apabila dia sudah mula mengkritik anda secara terus terang baik di hadapan kawan-kawannya atau kawan-kawan anda, itu satu petanda bahawa dia memang sudah tidak dapat menerima anda lagi. Apa yang harus anda buat, ialah putuskan hubungan agar anda tidak dimalukan. Wanita boleh dicari, jangan biar maruah anda diperkotak-katikkan di hadapan umum.

Tidak bersuara langsung

Jika dia masih berbicara itu tandanya dia masih mahu meneruskan hubungan dengan anda meski pun hatinya tidak suka. Namun jika dia melakukan protes secara senyap itu satu petanda, dia memang tidak sukakan anda lagi. Itu adalah tanda terakhir yang perlu anda fahami. Bayangkan anda bercakap dengan orang bisu, sudah tentu susah berkomunikasi bukan!

Terlalu emosi

Lelaki memang kurang menggemari wanita yang suka menangis dan emosi. Bagi mereka, menangis adalah satu bentuk kelemahan dan mereka tidak tahu cara memujuk yang sebenarnya. Jadi wanita selalu menggunakan emosi ini terutama air mata sebagai benteng terakhir mereka sama ada untuk mempertahankan diri atau mahu melepaskan diri.Lelaki pula sangat pantang bila melihat wanita menangis. Jadi awas, kalau wanita sudah sampai mengeluarkan air mata meminta hubungan itu diputuskan, itu tandanya dia tidak mahukan anda lagi.Dia berusaha mencari kenalan baru Dalam diam, dia mencari kenalan baru yang dikatakan lebih serasi dengannya. Ia satu alasan untuk tidak lagi bertemu anda. Lebih teruk lagi, jika dia cuba mendekati kawan baik. Kalau itu yang terjadi, anda sudah tahu bahawa dia sudah tidak menginginkan anda.

Tidak mengangkat telefon

Kalau sebelum ini dia memprotes dengan tidak bersuara , kali ini dia menyembunyikan diri dan tidak mengangkat sebarang panggilan dari anda. Dia lebih senang mendiamkan diri sedangkan anda berasa sangat risau. Kalau ini yang terjadi, anda faham sajalah maksudnya.

Minta lelaki lain belanja

Bayangkan situasi ini, teman wanita anda meminta lelaki lain membelanja dirinya minum sedangkan anda ada ketika itu. Dia memang sengaja berbuat demikian bagi menyakiti hati anda. Kalau anda sudah dimalukan begitu, anggap sajalah hubungan anda berakhir di situ sahaja.

Monday, February 14, 2011

"1st GiveAway by AnnaLeeya's Family"...

jom kita sertai...ringkas & mudah.

**ZuraIwan GiveAway ~ I Love Genting**


Syaratnyer cukup mudah & ringkas sesiapa pon boleh join sila terjah ke http://ceriterayanzur.blogspot.com/2011/02/zuraiwan-giveaway-i-love-genting.html 
jangan tungggu lama2 nanti di kebas orng plk...


Contest Aksi Makan yanmieonline.com


Assalamualaikum & slmt pagi semua...wah lamanya aku x join contest...mood nak join kembali semula.jom kita singgah di blog http://yanmieonline.com/2011/01/contest-aksi-makan-yanmieonline-com/#more-14929 untuk menyertainya..senang & mudah..jom !!!

“Contest Aksi Makan Yanmieonline.com di taja khas oleh http://www.fivio.com/  dan http://www.suarapeople.com/ “


 Aku pertaruhkan pic puteri kesayanganku...yg sedang asyik & khusyuk menikmati mushroom soup

Maulidurrasul 1432H...

 "Selamat Menyambut Maulidurrasul 1432H"

 
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya "

Surah Al-Ahzab : 56

Friday, February 11, 2011

PROF DR AMINA WADUD WANITA PERTAMA MENGIMAMKAN SOLAT !

Pada bulan Mac 2005, di New York, Amerika,berlaku satu kejutan dalam dunia Islam apabila seorang wanita menjadi imam solat Jumaat di samping menyampaikan khutbah..Mungkin ianya kejadian pertama dalam sejarah Islam semenjak dari zaman Rasulullah SAW.

Siapa dia Imam wanita kontrovesi ini? Beliau ialah Prof Dr. Amina Wadud, seorang ulama wanita warga Amerika? Janda 5 anak dan 3 cucu.Lahir pada tahun 1952.Berketurunan Afrika-Amerika .Berasal dari sebuah keluarga Kristian Methodist. Nama asalnya ialah Mary Teasley.Lahir di Maryland, Amerika.Anut agama Islam pada tahun 1972 dan tukar nama kepada Amina Wadud.

Memperolehi Ph D dalam Pengajian Bahasa Arab dan Islam dari Universiti Michigan (1988).Juga mempelajari pengajian Bahasa Arab lanjutan di American University di Cairo, belajar Al Quran dan Tafsir di Universiti Cairo, dan belajar Ilmu Falsafah di Universiti Al Azhar Mesir.

Pernah berkhidmat sebagai Prof Madya di Fakulti Pengajian Al Quran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari tahun 1989 -1992 dan juga berkhidmat sebagai pensyarah jemputan di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia (Tahun 2008).Dan akhirnya menjawat jawatan Profesor dalam Pengajian Agama dan Falsafah di Universiti Virginia Commonwealth hingga lah dia bersara pada tahun 2008..

Tindakkan beliau menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbah mendapat reaksi yang berbeza dari ulama ulama belah sana.Syeikh Yusuf Qardhawi mengecam keras tindakkannya.Tetapi ulama ulama lain saperti Gamal al Banna dari Mesir, dan Ebrahim Moosa seorang Profesor Pengajian Islam dari Universiti Duke mengatakan ini adalah langkah yang baik.astaqfirullah

Amina Wadud secara terbuka mengatakan beliau tidak setuju dengan beberapa ayat Al Quran terutama yang berkenaan dengan memotong tangan dalam hukum hudud kerana percaya hukuman ini adalah perbuatan "brutal" dan zalim. Belaiu juga menolak beberapa hukum lain yang terdapat dalam Al Quran.Kerana beliau berpendapat sesiapa sahaja boleh menolak bahagian Al Quran apabila tidak setuju dengan nya.

Fahaman dan ajaran beliau sebenarnya sudah bertapak di Malaysia, beliau bertanggung jawab sebagai pengasas kumpulan NGO "Woman Right" Sisters in Islam (SIS).Dan penubuhannya di ikhtiraf oleh kerajaan Malaysia atas nama SIS Forum (M) Bhd.

Perjalanan kumpulan SIS banyak berlandas kepada fahaman Amina Wadud.Buku karangan beliau " Quran and Woman - Rereading the sacred text from a Woman's Perspective" yang di haramkan di Arab Saudi adalah kitab rujukan S.I.S.(Kerajaan Malaysia tidak mengharamkannya walau pun di bantah oleh JAKIM)

Di Malaysia sudah ada HAKIM syarie wanita.Tidak mustahil satu hari nanti akan ada IMAM Masjid wanita..

Namun dalam Mazhab yang 4, termasuk Mazhab Imam Shafie, wanita hanya boleh jadi imam untuk kaum sejenisnya sahaja.

Nota:

Cadangan SIS diharamkan

Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad) diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Pada 12 Jun 2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota Majlis Fatwa Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Karpal Singh membantah cadangan tersebut.[4]

Tuesday, February 8, 2011

TiMa KaSeH mAk...


Assalamualaikum...alhamdulillah rezeki yg x disangka2...amin.ptg ni mak aku bawa nasi ayam & cendawan goreng ke tempat kerja ku...fuhh...sedapnya.tqvm mak..we luv u so much...

Monday, February 7, 2011

Cuti Malaysia - Penang...

Assalamualaikum & slmt ptg semua...wah cuti panjang no.Sebelum terlambat aku nak ucapkan " Selamat tahun Baru Cina "(Tahun Arnab)kepada yg menyambutnya...
ccccuti yg lepas aku & family berkonvoi 3 buah kereta pusing2 penang island,bawa best friends aku dr n9 makan angin ...START
naik Feri (nasib ayaq pasang kalau x sangkut kereta km !!!)
v
v
Komtar
v
v
Kapitan Kling Mosque
v
Bukit Bendera (tapi sayangnya masih TUTUP lg krn kerja2 pembinaan)
v
v
Jeti Jerejak Island (rehat sebentar ambk angin...)
v
v
Batu Maung (Aquaria pon TUTUP ? )
v
v
 Teluk Tempoyak ( kedai mkn pon x buka lg...)
v
v
 Teluk Kumbar (Mkm nasi kari sembilang memang terbaik...)
v
v
Bukit Genting Forest Reserve (60% jln baru siap)
v
v
Balik Pulau (Beli Jeruk Buah-Buahan memang best...)
v
v
Kg Sungai Rusa (rumah MIL aku, singgah solat Masjid Sg Rusa)
v
v
Titi Kerawang Waterfall (ramai org jgkla...)
v
v
Durian Orchards (belum musim lg daa..maybe bln 5 keatas)
v
v
Penang Butterfly Farm ( x singgah pon...ramai sngt )
v
v
Teluk Bahang
v
v
 Batu Ferighi Beach (cuci mata & beli belah...bnyk jgk lepa shoping)
v
v
Gurney Drive(pusing2 ja...)
v
v
Padang Kota (pekena laksa,pasembuq,mee udang,air nyok & x blh blah sotong kangkong RM 64.00 mahai gila...mentang2 org nogori lepa hentam kaw..kaw...x patut2x.
v
v
& lastly balik ikut Penang Bridge
  

v
v
  Pic : x ambik sebuk layan puteri kesayangan aku balik plk aku drive...letih....ooo apa pon org n9 kata BEST !!!..nak mai lain kali plk.

Sugar Love Cookies

Kau dan Aku

P)

BERLARI LARI AKU MENGEJAR MU DI DALAM MIMPIKU

BINTANG2 TERTAWA MELIHAT TINGKAH LAKU KITA BERDUA

SANG PURNAMA TURUT MENYINARI TAMAN CINTA KITA

INSAN TERTAWA KERIANGAN KERANA KITA SEDANG BERCINTA

(L)

SAAT PERTAMA KITA BERJUMPA ENGKAU MENINGGI DIRI

KATAMU AKU TAK LAYAK UTK MEMILIKI CINTAMU

TAK KU PEDULI KERANA ENGKAU YANG TETAP KU MAHU

AKHIRNYA KINI ENGKAU TELAH PUN MENJADI

MILIKKU

(L/P)

AKU TAKKAN PERNAH

MELUKAKAN PERASAAN

HATIMU

KERNA KU MENCINTAIMU

Wednesday, February 2, 2011

Malang Tidak Berbau...


Adik aku terlibat dlm satu kemalangan didoakan semoga cepat sembuh & baik seperti sedia kala...amin
31.01.2011


...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~