Friday, February 11, 2011

PROF DR AMINA WADUD WANITA PERTAMA MENGIMAMKAN SOLAT !

Pada bulan Mac 2005, di New York, Amerika,berlaku satu kejutan dalam dunia Islam apabila seorang wanita menjadi imam solat Jumaat di samping menyampaikan khutbah..Mungkin ianya kejadian pertama dalam sejarah Islam semenjak dari zaman Rasulullah SAW.

Siapa dia Imam wanita kontrovesi ini? Beliau ialah Prof Dr. Amina Wadud, seorang ulama wanita warga Amerika? Janda 5 anak dan 3 cucu.Lahir pada tahun 1952.Berketurunan Afrika-Amerika .Berasal dari sebuah keluarga Kristian Methodist. Nama asalnya ialah Mary Teasley.Lahir di Maryland, Amerika.Anut agama Islam pada tahun 1972 dan tukar nama kepada Amina Wadud.

Memperolehi Ph D dalam Pengajian Bahasa Arab dan Islam dari Universiti Michigan (1988).Juga mempelajari pengajian Bahasa Arab lanjutan di American University di Cairo, belajar Al Quran dan Tafsir di Universiti Cairo, dan belajar Ilmu Falsafah di Universiti Al Azhar Mesir.

Pernah berkhidmat sebagai Prof Madya di Fakulti Pengajian Al Quran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari tahun 1989 -1992 dan juga berkhidmat sebagai pensyarah jemputan di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia (Tahun 2008).Dan akhirnya menjawat jawatan Profesor dalam Pengajian Agama dan Falsafah di Universiti Virginia Commonwealth hingga lah dia bersara pada tahun 2008..

Tindakkan beliau menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbah mendapat reaksi yang berbeza dari ulama ulama belah sana.Syeikh Yusuf Qardhawi mengecam keras tindakkannya.Tetapi ulama ulama lain saperti Gamal al Banna dari Mesir, dan Ebrahim Moosa seorang Profesor Pengajian Islam dari Universiti Duke mengatakan ini adalah langkah yang baik.astaqfirullah

Amina Wadud secara terbuka mengatakan beliau tidak setuju dengan beberapa ayat Al Quran terutama yang berkenaan dengan memotong tangan dalam hukum hudud kerana percaya hukuman ini adalah perbuatan "brutal" dan zalim. Belaiu juga menolak beberapa hukum lain yang terdapat dalam Al Quran.Kerana beliau berpendapat sesiapa sahaja boleh menolak bahagian Al Quran apabila tidak setuju dengan nya.

Fahaman dan ajaran beliau sebenarnya sudah bertapak di Malaysia, beliau bertanggung jawab sebagai pengasas kumpulan NGO "Woman Right" Sisters in Islam (SIS).Dan penubuhannya di ikhtiraf oleh kerajaan Malaysia atas nama SIS Forum (M) Bhd.

Perjalanan kumpulan SIS banyak berlandas kepada fahaman Amina Wadud.Buku karangan beliau " Quran and Woman - Rereading the sacred text from a Woman's Perspective" yang di haramkan di Arab Saudi adalah kitab rujukan S.I.S.(Kerajaan Malaysia tidak mengharamkannya walau pun di bantah oleh JAKIM)

Di Malaysia sudah ada HAKIM syarie wanita.Tidak mustahil satu hari nanti akan ada IMAM Masjid wanita..

Namun dalam Mazhab yang 4, termasuk Mazhab Imam Shafie, wanita hanya boleh jadi imam untuk kaum sejenisnya sahaja.

Nota:

Cadangan SIS diharamkan

Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad) diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Pada 12 Jun 2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota Majlis Fatwa Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Karpal Singh membantah cadangan tersebut.[4]

...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~