Dear friends,
Let's us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say
"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria, ada
yang datang dengan perasaan 'biasa' dan ada yang datang dengan perasaan
serba tak kene.. Ingatlah, sesiapa yang datang dengan perasaan 'biasa'
sahaja, hasilnya adalah 'biasa' sahaja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupn luar biasa. Bekerja lah
dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan
menggembirakan orang sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat
keberkatan.. InsyaALLAH..."
Jadi renungi lah :-
1.Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab
'DATANG BEKERJA' , tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG'kerja
2.Adakala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupanya 'KELAM KABUT'
3.Adakala kita rasa kita PRIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY
4.Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUT SPOKEN , tapi rupanya kita
KURANG PENG'AJAR'AN
5.Adakala kita rasa kita Berfikiran KRITIS , tapi rupaya kita hanya
lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS
6.Adakala kita rasa kita ingin LEBIH MESRA , tapi rupanya kita dilihat
lebih MENGADA
7.Adakala kita suka bertanya "KENAPA DIA MACAM TAKDE KERJA" , adalah
lebih baik kita tanya "APA LAGI KERJA YANG AKU BOLE BUAT"
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu lakukan ANJAKAN PARADIGMA,
maka lakukanlah... Segera, tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah
kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... Adakah dengan merasakan
itu kita sememangnya terbaik?
Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat
kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'KEKELUARGAAN' dalam
tugasan.. kalau kita kurang kerja, cari lah kerja membantu teman-teman yang
lain.
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab dapat pahala... kita draw kat akhirat
nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki... nasib la sebab dah
ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih... Renungi lah, berapa orang
kawan kita dah berapa orang lawan kita, nescaya itu lah kayu pengukur diri
yang sebaiknya...
"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir
yang baik"
No comments:
Post a Comment