Friday, June 25, 2010

:: HappY BirthdaY SayangkU ::

Salam semua...ni n3 lama yg tertangguh fuhhh..bz yg sesungguh-sungguhnya hehheee...
Ermmm besday puteri aku ni (11/06/2008) time aku bercuti di n9,so aku x celebrate pon...tapi puteri aku dpt jgk hadiah dr ramai org(sukenyeee)tqvm.InsyaAllah kalau x dak aral melintang...10/07/2010 aku ingat nak bt majlis harijadi puteri aku bersama-sama si kembar (anak abg aku) kakak ipar aku pon nak buat majlis harijadi anaknya.so blh la join sekali bertempat di rumah mak ngan ayah aku la...time maybe ptg sket coz best friend aku kawen....dengan rasminya aku menjemput rakan2 aku yg ada di serata pelusuk alam mai beramai-ramai bg memeriahkan lagi suasana yg x seberapa ni...ekk mai jng x mai no!!!

***pesanan buat puteri ku sayang....
Anakku,
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana ibu kecewa dan berurai air mata

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar,
atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu

Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu syurga

Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapa pun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan

Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan
titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan ibu….Maafkan ibu
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu

Dikutip dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati
Ibu & Abah sentiasa menyayangi mu selamanya....AMIN.


2 comments:

Softtouch [Hanim] said...

salam eknal..
hepy belated birthday untuk puteri awak...

syahdu nya bc coretan tu...sy mohon nak copy yer..TQ

"myheart"-abieyazaly- said...

w,salam hanim..salam kenal jgk tqvm,silakan..

...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~