Wednesday, August 25, 2010

Maut mercun buatan bapa...

AYUB (kanan) dan isteri, Kamariah hadir pada pengebumian anak mereka, Khairul Ariff di tanah perkuburan Kampung Makam Lama semalam.


KUALA TERENGGANU – Letupan besar yang meragut nyawa, Khairul Ariff Ayub (gambar), 6, di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga dekat sini kelmarin dipercayai berlaku kerana dua lelaki yang cedera itu sedang menyediakan mercun bagi memeriahkan malam raya Aidilfitri bulan depan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, bagi memeriahkan sambutan hari raya, dua mangsa lelaki yang cedera itu semasa kejadian didakwa sedang mengisi belerang ke dalam sebuah tong gas peti sejuk.

Mereka juga ketika itu dikatakan merancang untuk membuat mercun yang mampu mengeluarkan bunyi yang kuat dengan memasukkan belerang ke dalam satu bekas.

“Mercun-mercun yang dibuat sendiri itu mahu diletupkan pada malam raya nanti.“Mereka mengharapkan letupan itu boleh didengari sehingga beberapa kilometer,” kata penduduk itu.

Haram GREEN Soya bean drink from YEO's dan FANTA APPLE

Assalamualaikum wr wb,

GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya........

Cuba lihat kat pic ini. Cuba lihat dekat-dekat.......

Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Pls forward this message to all your friends :-
Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)
Pls DO NOT DELETE before you forward to at least one friend.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Y.Bhg Dato Naib Canselor UiTM

Salam Sejahtera

Kepada Semua Staf
Akademik & Pentadbiran
UiTM Pulau Pinang

Untuk kesekian kalinya saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada tuan/puan semua.

2. Dimaklumkan bahawa satu majlis berbuka puasa dikalangan warga kampus bersama Y.Bhg. Dato' Naib Canselor UiTM akan diadakan dan semua staf Akademik serta Pentadbiran adalah dijemput hadir ke majlis yang dijadualkan pada butiran seperti berikut :

Tarikh : 26 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 5.15 petang hingga 8.00 malam
Tempat : Dewan Besar, UiTM Pulau Pinang

3. Kehadiran tuan/puan adalah diwajibkan dan akan direkodkan. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kerjasama tuan/puan berhubung dengan perkara ini.

Sekian, harap maklum.

NORZIAH HJ. DAUD
Bah. Pengurusan

Tuesday, August 24, 2010

HOTEL X HALAL...

STATISTIK HOTEL YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI PIAWAIAN HALAL MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN TAHUN 2010

1.ONE WORLD HOTEL
FIRST AVENUE
Bandar Utama City Center
47800, Petaling Jaya

2.BISTRO & THEATRE RESTAURANT
139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)
Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

3.IMPIANA KLCC HOTEL & SPA
No.13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

4.HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD
Jalan Sultan Ismail, 50250
Kuala Lumpur

5.PUTRAJAYA SHANGRI-LA
Jalan Putra Perdana
Taman Putra Perdana
Precinct, 62000 Putrajaya

6.HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR
MTJ Development Sdn. Bhd
165,Jalan Ampang, 50450
Kuala Lumpur

7.SHAH'S VILLAGE HOTEL
3&5, Lorong Sultan, Peti Surat 115
46719, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

8.PRESCOOT INN KAJANG
Wisma Metro Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang Selangor

9.LAGENDA CUISINE SDN BHD
(PRESCOTT INN KAJANG)

10.ORIENTAL CRYSTAL KAJANG
Lot 13, Jln S10/3, Section 10,
Off Jalan Bukit 43000 Kajang Selangor

11.RESTORAN TUPAI-TUPAI
Lot 1513 Kg. Sg. Tangkas
Bt. 18, JalanBangiKajang, 43000
Selangor

12.EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 6/11
Pusat Dagang Seksyen 16, 46350,
Selangor Darul Ehsan

13.CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
2, Jalan Sultan Ismail
50250, Kuala Lumpur

14.NOVOTEL K.L CITY CENTER
(CONCIERGE-DEPT)
2, Jalan Kia Peng, 50450,
Kuala Lumpur

15.BANGI GOLF RESTAURANT
Bangi

16.CITITEL MID VALLEY
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur

17.KANPEI RESTAURANT
Eminent Pedestal SdnBhd
Lot L1, Lobby Micasa All Suite Hotel
368-B, Jln 1/68F, Off JalanTunRazak
50400 Kuala Lumpur

18.THE ZON ALL SUITES RESIDENCES
161-D, JalanAmpang, 50450
Kuala Lumpur

19.THE ROYALE BINTANG
KUALA LUMPUR

20.R & B SERVICES
BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL
1 JALAN IMBI, 55100, KUALA LUMPUR

21.THE SAUJANA KUALA LUMPUR
SAUJANA RESORT
Jalan Lapangan Terbang SAAS
40150 Shah Alam, Selangor

22.HILTON KUALA LUMPUR
3, Jalan Stesen Sentral
50470 Kuala Lumpur
P.O. Box 11815, 50758
Kuala Lumpur

23.LE MERIDIEN
2,Jalan StesenSentral,Kuala Lumpur
50470 Kuala Lumpur

24.THE REGENCY HOTEL
No.3, Jalan Raja Alang
50300 Kuala Lumpur

***Alamak aku dah termakan kat hotel2 ni..adoila....HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD,EASTIN HOTEL PETALING JAYA,CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR,CITITEL MID VALLEY

Monday, August 23, 2010

Ibu, bapa hilang

KUALA KRAI: Perasaan sedih menyelubungi jiwa sembilan beradik kerana sanggup bersusah payah menghasilkan sekeping kad hari raya semata-mata menagih kepulangan ibu bapa yang menghilangkan diri tanpa berita sejak setahun lalu.

ISI HATI...tujuh daripada sembilan beradik melukis kad hari raya merayu kepulangan ibu bapa sempena Aidilfitri tahun ini.

TIADA BERITA...Kasmaliza dan Mahadi melarikan diri.

Hanya perkataan ‘Selamat Hari Raya Mama dan Papa’ menghiasi sekeping kad manila berwarna kuning, manakala tujuh tapak tangan menjadi simbolik rayuan kepulangan ibu bapa mereka, selain menjadi saksi pengikat silaturahim mereka adik beradik.

Biarpun tidak dapat merungkai isi sebenar kad terbabit, namun jauh di sudut hati sembilan beradik terbabit ingin menatap wajah ibu bapa di depan mata, apatah lagi kemuncak lebaran yang semakin hampir tidak lama lagi.

Wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke rumah sembilan beradik terbabit di Kampung Tengah, di sini, petang kelmarin, terharu dengan kesungguhan anak kecil terbabit menghasilkan kad raya untuk ibu bapa mereka.

Walaupun sedar impian bertemu kembali ibu bapa yang ‘ghaib’ belum pasti, mereka tetap berusaha menghasilkan dengan sekreatif mungkin dengan matlamat unk bertemu kembali pada Aidilfitri tahun ini.

Kesungguhan mereka terbukti kerana mengambil masa kira-kira 40 minit untuk menghasilkan kad hari raya terbabit dan teruja menulis bait perkataan mengandungi 1,001 mesej kasih sayang dengan diselangi cap tapak tangan.

Sembilan beradik terbabit iaitu Nor Hidayah Mahadi, 13, Amirul Rizal, 11, Afiq Asyraf, 10, Natasha Emilia, 9, Arif Hafizi, 7, kembar Airin Puteri dan Adlin Puteri, 4, Naqiuddin, 3, dan Nia Khalisa, 2, hanya mampu tersenyum di sebalik kad terbabit.

Namun, kesayuan hati mereka tidak siapa tahu kerana masing-masing seperti membisu seribu bahasa dan enggan meluahkan isi hati, walaupun sedar sudah lama kering air mata menanti saat paling terindah dalam hidup mereka untuk bertemu kembali dengan ibu bapa.

Sebaik selesai menghasilkan kad terbabit, Amirul Rizal yang juga anak kedua pasangan Kasmaliza Kassim, 29, dan Mahadi Che Mansur, 31, berkata mereka lima beradik teruja untuk bertemu kembali dengan ibu bapa sempena Aidilfitri.

Namun hanya beberapa perkataan terkeluar daripada mulut kanak-kanak terbabit apabila meluahkan isinya; ‘mama dan papa baliklah, kami adik beradik rindukan kamu. Raya tahun ni kami nak raya bersama mama dan papa’.

Datuk mereka, Kassim Mat Diah, 55, berkata hatinya terlalu sedih mengenangkan nasib sembilan cucunya selepas ditinggalkan anak dan menantunya tanpa mengutuskan sebarang surat atau khabar berita sejak menghilangkan diri setahun lalu.

“Raya tahun ni genap setahun Ija (nama samaran Kasmaliza) dan Pudin (nama samaran menantu) meninggalkan anak mereka tanpa khabar berita. Perasaan cucu tidak siapa tahu kerana teringin bertemu dengan ibu dan ayah mereka.

“Setiap kali menatap wajah mereka, hati saya sebak. Manakan tidak, orang lain ada mak dan pak, demo ni (mereka) tak dok (tidak ada) kedua-duanya,” katanya sambil melihat wajah cucunya yang tekun menghasilkan kad raya terbabit.

Kassim yang bekerja sebagai pemandu jentolak berkata, dia mengharapkan kepulangan anak dan menantunya selain melupakan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.

**apa nak jadi dengan dunia sekarang ni bt anak pandai jaga anak 00...(sumber metro)

Wednesday, August 18, 2010

Give Away Raya ...


Kepada yg berminat utk menyertai GA ni boleh lah singgah di http://mrsnorhobi.blogspot.com/2010/08/give-away-raya.html
*** semoga berjaya....

Two moons on 27th August 2010

27th Aug the Whole World is waiting for......... ....


Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.

The next time Mars may come this close is in 2287.

Share this with your friends as NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again.

Tuesday, August 17, 2010

Musibah Bazaar Ramadhan - Amaran Allah !

Bagi mereka yang berfikir, musibah yang meragut 3 nyawa dan 18 lain yang cedera itu sebenarnya AMARAN dari Allah swt. Mengapa penulis katakan itu satu AMARAN?


Apa tidaknya..cuba tuan-tuan bayangkan seawal tengahari (dari pengalaman penulis memerhati) kelmarin bukankah jumaat, ketika ramai jamaah baru pulang dari mengerjakan solat jumaat, sudah kelihatan ramai pekerja(baca-mungkin peniaga) sudah mula sibuk memacak khemah dan mengatur barang jajaan. Laju benar mereka menyudahkan solat, apakah mereka hanya hadir ke masjid sekadar mendengar khutbahnya sahaja?

Jika pun turut bersolat pasti tidak terjangkau akal untuk jadi sepantas itu. Mustahil secepat itu mereka sudah tegak berdiri ditapak bazaar? Maka disini penulis berani mengatakan adanya orang islam yang disibukkan dengan perniagaan itu TIDAK bersolat.

Baik, teruskan bersangka baik, tetapi melihat akan corak pakaian yang langsung tidak sesuai untuk bersolat jumaat,apakah kita kira mereka itu bersolat jumaat? Dengan seluar jeans yang koyak sana sini, t-shirt yang terpampang wajah2 artis, apakah ia sesuai? Yang perempuannya pulak ramai tidak memperdulikan soal aurat.

Malah dari pengalaman penulis bersama peniaga-peniaga bazaar Ramadhan, ramai yang tidak mengerjakan solat Asar dan Maghrib. Begitu juga yang tidak berpuasa. Enteng saja mereka makan dan minum disitu. Tak percaya? Ambil masa dan perhatikan.

Maka tidak hairan, musibah yang berlaku di Melaka itu, adalah satu AMARAN dari murka Allah swt. Jika ditinjau ke bazaar Ramadhan yang disediakan oleh pihak PBT, tandas boleh pulak mereka sediakan..5 - 6 buah diletakkan, tetapi tidak untuk SURAU? Mungkin tapak surau(kontena yang diubahsuai boleh digunakan apa?) itu tidak penting agaknya.

Dari apa yang penulis baca, dan hadam dari peristiwa petaka itu, wajar semua pihak merenung diri dan muhasabahkan apa yang tidak kena sebenarnya. Kembali kepada Islam, dan jadilah peniaga yang sealim Abu Bakar. Wallahuaklam. Dibawah sebahagian foto yang dipaparkan untuk renungan kita bersama.

Monday, August 16, 2010

kisah sedih di sebalik peribahasa !!!

Sedap-sedap jer korang kata bodoh cm lembu ye ?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah ? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apsal tak kata bodoh cm kambing ker ayam ker...!!!


Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang dorang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal ? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan .. kan ... kan


 
 Elehhhh... apa hal jadikan aku perbandingkan lak nie...?? MULUT BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR... pompuan-pompuan tu lagi la... mulut dorang lagi bising kalau membebel..


Aku tak mandi pun tetap ada harga beb?? Eleh... kata aku tak mandi... tu ayam,arnab lembu tu pun bukannya mandi pun, apasal aku jer yang jadi perbandingan, Ini tak ADIL

Serius x faham kenapa orang selalu mencarut guna nama aku?? apa salah akuuuu..??? walaupun aku haram untuk dimakan oleh umat Islam, takkan la sampai nama aku pun korang guna buat bahan mencarut! betul2 x adil neh! (luahan hati si khinzir...)

Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELACAN ? Aku bukan makan sambal belacan pun~ tak glamer langsung la ! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee... manis sikit!


Thursday, August 12, 2010

BISKUT RAYA 2010 & DODOL...

TEMPAHAN MASIH DIBUKA...SILA HUBUNGI SAYA DI 013-4894419


~ SalaM RamadhaN ~

ASSALAMUALAIKUM WBT.....
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......

JANGAN CURI2 .....

BUAT KEJA .....


JANGAN BUAT ......

JANGAN ASIK ......

 BANYAK2 LA BERSABAR......


MESTILAH SENTIASA .........

SALAM RAMADHAN AL-MUBHARAK....AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN...
MINTAK MAAF JIKA ADA BUAT KESILAPAN KEPADA KALIAN.


Monday, August 9, 2010

Di Sebalik Lagu "Tanya Sama Itu Hud-Hud"

Nak sharing dgn rakan-rakan Blongger. Ini adalah maksud disebalik Lagu Tanya Sama Itu Hud Hud. Saya rasa senikatanya sangat memberi erti. So, sy try google apa yg M.Nasir maksudkan melalui lagu ini dan ini yg sy perolehi. Yang baik ambil sebagai pedoman k. Ni adalah apa yg sy baca di blog Musafir Cyber.


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini

Lai lai la lai la lai
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

mari kita lihat lirik lagu ini rangkap demi rangkap. sungguh subjektif untuk aku explain everything. tapi aku akan beri idea secara umum, secara rawak.

Rangkap pertama

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

umat islam pada akhir zaman akan berpecah kepada 73 golongan dengan 73 mazhab. tetapi hanya satu golongan sahaja yang akan masuk syurga. sedangkan kesemua mereka mengakui diri mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. tapi siapakah golongan itu? sila baca di SINI untuk penjelasan lanjut (pada perenggan² akhir).

Rangkap kedua

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini menceritakan kisah pengembaraan burung murai yang mencari Raja Simuraq. kisah ini berdasarkan syair lama Parsi yang bertajuk Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) yang di tulis oleh Farid ud-Din Attar.
Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makan dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
sumber: The Conference of the Birds

Rangkap ketiga

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

rangkap ini aku tak jelas sangat maksudnya atau aku sendiri tak dapat tangkap maksud yang tersembunyi. apa yang aku tahu bahawa di sini kita yang tentukan samada kita hendak melihat dunia dari mata burung atau menjadi katak di bawah tempurung. yang mana satu kita akan pilih pandangan dari atas yang dapat melihat keseluruhan atau dari dalam tempurung yang hanya boleh melihat dunia dari lubangnya sahaja. seperti entry lepas yang aku tulis mengenai perspektif kita dan juga mengenai pilihan kita.seterusnya dalam kekalutan dunia ada peraturan yang dicipta tetapi malangnya peraturan itu sendiri yang menyebabkan kekalutan. apa pula yang anda telah buat. tak berbuat apa-apa sebab anda masih berada disini. rangkap ni serius aku tak paham, sesiapa dapat mencari maksud yang tersembunyi sila tinggalkan komen.

maksud rangkap ini dari blog dkama

Menilai sesuatu dari sumber yang telah terbukti kebenarannya sudah tentu kita tidak akan sesat seperti Al-Quran dan Hadis... Atau menilai sesuatu itu mengikut perkiraan logik dari kotak pemikiran manusia yang terbatas ditambah pula dengan hati yang gelap gelita... Yang pastinya kita sentiasa ada pilihan di sini dalam membuat pertimbangan. ..

Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah... Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil... Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna... Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai... Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, Terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI...

Rangkap keempat

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Sang Algojo adalah nama orang yang menjatuhkan hukuman gantung. maksud dalam lagu ini adalah Malaikat Maut.
" Oh Malaikat Maut. Nanti dulu! Jangan kau ambil nyawaku. berikan aku sedikit masa untuk bertaubat. untuk menyatakan kalimah yang sebenarnya iaitu kalimah Syahadah. "

Rangkap terakhir

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

rangkap korus ini adalah berdasarkan Mantiq Al-Tayr sila baca penerangan Kisah Matiq Al-Tayr untuk mengetahui ape yang di maksudkan dengan ayat "Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

ⓁⓄⓥⒺ ♥
Khirunnisa Mazelan
Bangi.

Friday, August 6, 2010

Dunia Susu Ibu...

yeah...yea...aku dpt penghargaan ni,alhamdulillah walaupon puteri aku dah 2thn lebih tapi still menyusu lagi,amin....


Hukum Penggunaan Ubat Clexane Dan Fraxiparine !!!

FATWA / Keputusan:


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penggunaan Ubat Clexane Dan Fraxiparine. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Islam menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit, kecuali dalam keadaan di mana tiada ubat dari sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudharatan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat dari sumber yang halal ditemui.

Oleh itu, berhubung dengan penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine yang dianggap darurat kepada para pesakit bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta merta ketika pesakit berada pada tahap kronik, Muzakarah memutuskan bahawa penggunaan kedua-dua jenis ubat ini adalah ditegah kerana ia dihasilkan dari sumber yang diharamkan oleh Islam, memandangkan pada masa ini telah terdapat alternatif ubat iaitu Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine .

Keterangan/Hujah:

1. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah mengesahkan wujudnya enzim babi dalam kandungan kedua-dua jenis ubat tersebut. Ini kerana kedua-dua jenis ubat ini terbentuk daripada low molecular weight heparin (LMWH) yang merupakan unsur yang terbentuk daripada heparin. Heparin merupakan sumber biologi yang diambil daripada usus babi.

2. Islam mengharamkan penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Dari Abi Darda’ RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara- perkara) yang haram.

3. Dalam keadaan tiada ubat lain yang boleh digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit, sedangkan sesuatu penyakit itu perlu dirawat untuk memelihara kesihatan diri dan tubuh badan, ubat yang bersumberkan perkara-perkara yang ditegah seperti penggunaan ubat yang bersumberkan enzim babi diharuskan selama mana tiada ubat dari sumber yang halal ditemui mengikut kadar yang diperlukan sahaja.

4. Dalam mempertimbangkan keharusan ini, syarat-syarat untuk memastikan bahawa keperluan tersebut berada di peringkat darurat perlu dipenuhi. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
(i) Darurat itu benar-benar berlaku, bukan suatu yang tidak pasti. Dengan kata lain telah berlaku atau wujud satu keadaan di mana kemusnahan atau kemudharatan pada lima perkara asas ataupun kemusnahan akan berlaku secara pasti ataupun berdasarkan kepada sangkaan yang kuat berpandukan pengalaman- pengalaman atau pengetahuan;
(ii) Seseorang yang berada dalam keadaan darurat itu bertentangan dengan perintah atau larangan syarak, atau tidak terdapat sesuatu yang diharuskan oleh syarak untuk menghilangkan kemudharatan melainkan perkara yang ditegah;
(iii) Mestilah dipastikan bahawa kewujudan benda-benda halal yang lain tidak dapat menghindarkan kemudharatan yang menimpa pesakit;
(vi) Pengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja; dan
(v) Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram itu hendaklah dipasti dan perakui oleh seorang doktor pakar muslim yang adil.

5. Dalam isu ubat clexane dan Fraxiaprine ini, kajian yang telah dijalankan mendapati terdapat sejenis ubat lain iaitu Arixtra Solution For Injection atau nama generiknya Fondaparinux Sodium mempunyai tahap keupayaan yang tinggi dalam membantu mengelakkan masalah pembekuan darah. Ubat ini telah pun berdaftar dengan BPFK dengan nombor pendaftaran MAL 20034441A.

6. Fondaparinux merupakan ramuan aktif di dalam Arixtra yang terhasil secara sintetik di manapentasaccharide sintetik diambil dan ia tidak mengandungi sebarang bentuk heparin. Malah, tiada satu pun material dalam penghasilan ubat ini diambil daripada haiwan termasuklah biproduk babi. Arixtra bukan ubat yang baru ditemui, sebaliknya ia telah berada di pasaran lebih daripada 10 tahun. Namun kajiannya yang terbaru telah mendapati bahawa ubat ini mampu menggantikan kekuatan Clexane dan Fraxiaprine.

7. Arixtra digunakan untuk mengelakkan pembekuan darah atau masalah VTE bagi pesakit yang menjalani rawatan pembedahan major ortopedik, lutut dan pinggang. Selain itu, ia juga digunakan bagi pesakit jantung, pesakit kronik yang tidak dapat bergerak dan pembedahan abdomen.

8. Penemuan Arixtra dalam dunia perubatan hari ini telah menghapuskan `illah pengharusan penggunaan perkara yang ditegah. Perkara ini bersesuaian dengan kaedah fiqh ما جاز لعذر يبطل بزواله. Prinsip ini menetapkan bahawa keharusan sesuatu perkara itu adalah disebabkan keuzuran tertentu dan ia terbatal dengan hilangnya keuzuran tersebut.
 
 

Wednesday, August 4, 2010

" Happy Friendship Day ! "


For some people friendship is everything and every person has some view about friendship. A famous quote by Anais Nin says: “Each friend represents a world in us, a world possibly not born until they arrive, and it is only by this meeting that a new world is born.”

Friendship day is the day of celebrations of the most warm feelings of the heart: Friendship. It is celebrated on the first Sunday of August every year. Friendship day 2010 is on 1st of August.

http://in.ygoy.com/wp-content/uploads/2010/06/friendship-picture1.jpg

It was in 1935 when the idea of dedicating a day in honor of friends was conceived. US Congress proclaimed that there should be some day dedicated to friendship. They chose it to be the first Sunday of August. This charming idea was joyfully accepted by several other countries across the world. Since then friendship day has become an annual day for reflecting on sacred feeling of friendship.

Here are a few interesting facts about Friendship day:
*The United Nations named Winnie the Pooh as the world’s Ambassador of Friendship in 1997.

*Women’s Friendship Day is on the 3rd Sunday of September. So, dear girls, do not forget to celebrate this special day.

*International Friendship month is February.

*The 3rd week of May is called Old friends, New friends week.

*Dia del Amigo is Spanish Friendship day that is celebrated every year on July 20.

Season 4 - Cute Funny Eating Baby

Assalamualaikum semua...wahhh kali ni aku nak join contest yg dianjurkan oleh pn suziey kita ni bersama2 http://www.malinasiam.com/ & http://damiaqish.blogspot.com/
hadiah pon menarik jugak...mana tau kot2 ada rezeki utk puteri aku...(amin)jom kawan2 kita pakat2 join senang saja. sila terjah di  http://www.suziey.com/2010/07/season-4-cute-funny-eating-baby.html tuk maklumat lebih lanjut...

aku pertaruhkan pic puteri aku yg ni...(muka hepy nampak bila dpt mkn ayam goreng)hantu ayam

NAMA : NURUL AQILAH NABIHAH BINTI MOHAMMAD PAIZAL
UMUR : 2 TAHUN 1BULAN 4 MINGGU

"GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"

Tuesday, August 3, 2010

UNTUK SI PEMAKAI CINCIN

( Pic Selingan : thanks 4 http://owniez-08.blogspot.com/ )

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je.sunnah nabi jarang nak ikut ..Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... . potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

 Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam  najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah  berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

 Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi  Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari  jari manis,ari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari jari tengah jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

 Perhatian
 Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

 p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Monday, August 2, 2010

Car Prices In Malaysia...

Numbers given in this email are not verified. If anyone can confirm or add similar figures, please feel free to reply this email. One comparison I found is Avanza 1.3MT in Indonesia is RM46,000 while in Malaysia its RM62,000.

Car Prices In Malaysia

BMW 535i sells for RM178,000 in the US.
In the United States of America (a developed country which we are also.Aspiring to become by the year 2020) a 2009 model BMW 535i Sedan is Selling for about USD50,367.00. This is only RM178,000 ? about thePrice of a Toyota Camry 2.4L here in Malaysia . The same BMW sells in Malaysia for about RM450,000.

BMW 328i sells for RM155,000 in the US
The 2009 model BMW 328i 2 door Convertible sells for USD44,014 or RM155,369.00 in the US . In Malaysia the same car sells for over RM460,000. This is an untenable situation.

Audi A4 2.0T Cabriolet Convertible sells for RM142,000 in the US
The 2009 model Audi A4 2 Door 2.0T Cabriolet Convertible sells in the US for USD40,328.00 or RM142,357. In Malaysia the same car would sell For about RM265,000.

VW GTI 2.0T sells for RM85,000 in the US
In the US the 2009 model Volkswagen GTI 2.0T sells for USD 24,039 or RM85,000 only. In China the same car will cost around RM60,000. Over Here the same VW car sells for about RM200,000.

And the 2010 model Toyota Camry 2.4L sells in the US for USD 19,659.00
Or RM69,396 In Malaysia the 2008 Toyota Camry 2.4L sells for RM170,000. Toyota Camry 2.4L, 2010 model. RM69,000 in the US

Car prices in Malaysia are about three times higher than the prices in The United States .

We are a developing nation. Our land and labour Costs are so much cheaper than the US . Why are our cars so expensive?It does not make any sense. Tak masuk akal.

Then here are some car prices from our neighbour Indonesia . The Toyota Altis sells in Indonesia for about RM46,000. The same car sells Here for around RM 112,000. Again we are three times more expensive
Than Indonesia .

The Honda Jazz sells here for RM108,000.. In Indonesia the Jazz sells For RM 36,000. Three times more expensive.

We are paying ridiculously high prices (and actually impoverishing the Malays ? who are the largest buyers of cars in Malaysia) to support an Out of date, out of touch with reality motor car policy.

We are paying the highest car prices in the world to support the Proton and other locally made cars as well as support a mind boggling AP policy which only benefits a relatively few rich Malays. A Disproportionately large number of Malays and other Malaysians are Being impoverished to subsidise the wealth of a few inefficient rich.

26 million Malaysians have to pay three times more for their cars just To support Proton and 120,000 people who are directly and indirectly Involved in the motor sector in Malaysia and the AP holders. That is a Ratio of 216:1.

This ratio of 216:1 is too skewed. 26.0 million happier people can Contribute many more votes than 120,000 members of an inefficient Motor industry. 26 million unhappy people can change a Government.
(The maths is not really difficult here)

And this outdated policy is impoverishing the Malays more than anyone else.

Here is some news from our DPM Tan Sri Muhyudin Yassin about our car
Policy. This is truncated:

Muhyiddin assures govt support for automotive parts and component sector

1. KUALA LUMPUR, May 26 ? The deputy prime minister said special focus Will be given to ?facilitate and encourage? the development of the Automotive parts and component sector despite the current global and Regional economic downturn.
2. ?Under the CEPT and Asean Trade in Goods Agreements, Malaysia has Agreed to eliminate import duties on all products in the Normal Track On January 1, 2010. This includes motor vehicles, auto parts and
Components,? he said.
3. He pointed out that . . . The motor vehicle sub sector in Malaysia Will not be directly impacted because of its heavy dependence on the Domestic market.
4. ?The Malaysian government recognises the contribution of the Domestic automotive industry towards the development of the country.?

Para 2 sounds promising but then Para 3 and 4 basically says that the Malaysian motor car industry will continue to be protected. This means We will continue paying the highest car prices in the world for Automobiles.

Cuba Kita kira : kalau kereta Honda Jazz di jual dengan harga yang Sebenarnya (lebih kurang RM36,000 saja) Dan bukan pada harga sekarang(RM108,000) maksudnya bayaran bulanan pembeli kereta akan jadi kurang,mungkin sepertiga sahaja daripada bayaran bulanan sekarang.Jika sekarang orang bayar RM1,500 sebulan untuk beli Honda Jazz, kalau harga kereta lebih menepati harga pasaran dunia, orang kita perlu
bayar sekitar RM500 saja sebulan.

Maksudnya tanpa Kerajaan perlu membuat apa pun (merangsang ekonomi,belanja berpuluh billion Ringgit duit rakyat untuk stimulus dan sebagainya) setiap rakyat Malaysia yang membeli kereta yang seharga dengan Honda Jazz akan dapat menjimatkan sehingga RM1,000 sebulan daripada kos sara hidup bulanannya.

This is like giving the car buyer an RM1000 pay rise without incurring any extra costs for the taxpayer, the Government or the economy. It will greatly reduce the cost of living in Malaysia and spur greater economic growth too.

Tapi sekarang, yang menjadi mangsa dulu dan yang menjadi miskin dulu orang Melayu juga. Orang Melayu yang paling ramai sekali menjadi pembeli kereta dalam negara kita. Orang Melayu kebanyakannya makan
gaji ? tiap bulan dapat gaji tetap. Bila harga kereta naik gila, yang menjadi miskin di saf depan sekali adalah orang Melayu juga.

In absolute numbers, the Malays are suffering the most because they are the most in number among the fixed income people who also buy cars.

Some folks said the other day that Proton has 150 major component suppliers, dealers, distributors and about 500 other parts suppliers too. Of the 150 major component suppliers, about 15 of them are listed
companies. In total they employ about 120,000 people. The Proton supply chain is a mix of bumiputras and non bumiputras. But here is a sad fact : none of them are operating at their level best efficiency.

Our motor car policy is forcing Malaysians to subsidise Proton so that Proton can sustain major inefficiencies in the Malaysian economy. This is not a good thing at all.

We have to unwind this situation. Set a target of 18 months from now to unwind all protection for our motor industry. Remove the impoverishing AP policy also in 18 months. Let Malaysian car prices reflect world market prices for the same makes of cars.

If a BMW 535 sells for RM178,000 in America , it should sell for a little less here in Malaysia (our rentals and salaries are cheaper).

The Ministers continue making pronouncements about the car industry as though nothing has happened. I hope everyone will please wake up. The Government has a real chance of getting thrown out of office in about three years. The people will not accept inept answers anymore.

The ridiculous car prices in Malaysia is an issue that is just beginning to get more attention and publicity. It is going to become a really big issue in the near future.

Biar Mati anak, Jangan Rosak BMW

Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh seseorang. kejadian di Shah Alam Mall.Car park yang mengadap DEMC tu..Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangisi alahai kesiannya.Di dapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).
Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya.Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu.

Pompuan A: umpil aje la pintu kereta ni

Mak Budak tu: tak boleh (sambil menangis)nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare

Pompuan C: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?

Mak budak tu: (sambil menangis)¦nanti suami saya marah

Pakcik B: Isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta

Pakcik C: Mana bapaknya???

Mak Budak tu: Dia balik Meru ambil kunci

Semua orang: Apa! Meru!!!

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram.Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata saya takut suami saya marah.Tunggu suami saya datang.Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin kereta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu.Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen...aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk.Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu praannng !!!! Selesai masalah.Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan kesian baby tu..berpeluh- peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru.Seorang lagi lelaki menjerit biar saya periksa dia saya doktor.Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu.Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC¦bapak dia masih tak muncul-muncul ye la Meru tu kan jauh mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu hahaha....

***apa punya mak bapak daaa.....ingat anak ayam ka.

...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~