Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh seseorang. kejadian di Shah Alam Mall.Car park yang mengadap DEMC tu..Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangisi alahai kesiannya.Di dapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).
Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya.Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu.
Pompuan A: umpil aje la pintu kereta ni
Mak Budak tu: tak boleh (sambil menangis)nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare
Pompuan C: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?
Mak budak tu: (sambil menangis)¦nanti suami saya marah
Pakcik B: Isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta
Pakcik C: Mana bapaknya???
Mak Budak tu: Dia balik Meru ambil kunci
Semua orang: Apa! Meru!!!
Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram.Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata saya takut suami saya marah.Tunggu suami saya datang.Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin kereta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu.Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen...aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk.Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu praannng !!!! Selesai masalah.Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan kesian baby tu..berpeluh- peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru.Seorang lagi lelaki menjerit biar saya periksa dia saya doktor.Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu.Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC¦bapak dia masih tak muncul-muncul ye la Meru tu kan jauh mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu hahaha....
***apa punya mak bapak daaa.....ingat anak ayam ka.
No comments:
Post a Comment