Nak sharing dgn rakan-rakan Blongger. Ini adalah maksud disebalik Lagu Tanya Sama Itu Hud Hud. Saya rasa senikatanya sangat memberi erti. So, sy try google apa yg M.Nasir maksudkan melalui lagu ini dan ini yg sy perolehi. Yang baik ambil sebagai pedoman k. Ni adalah apa yg sy baca di blog Musafir Cyber.
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"
mari kita lihat lirik lagu ini rangkap demi rangkap. sungguh subjektif untuk aku explain everything. tapi aku akan beri idea secara umum, secara rawak.
Rangkap pertama
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
umat islam pada akhir zaman akan berpecah kepada 73 golongan dengan 73 mazhab. tetapi hanya satu golongan sahaja yang akan masuk syurga. sedangkan kesemua mereka mengakui diri mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. tapi siapakah golongan itu? sila baca di SINI untuk penjelasan lanjut (pada perenggan² akhir).
Rangkap kedua
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Rangkap ini menceritakan kisah pengembaraan burung murai yang mencari Raja Simuraq. kisah ini berdasarkan syair lama Parsi yang bertajuk Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) yang di tulis oleh Farid ud-Din Attar.
Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makan dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
sumber: The Conference of the Birds
Rangkap ketiga
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
rangkap ini aku tak jelas sangat maksudnya atau aku sendiri tak dapat tangkap maksud yang tersembunyi. apa yang aku tahu bahawa di sini kita yang tentukan samada kita hendak melihat dunia dari mata burung atau menjadi katak di bawah tempurung. yang mana satu kita akan pilih pandangan dari atas yang dapat melihat keseluruhan atau dari dalam tempurung yang hanya boleh melihat dunia dari lubangnya sahaja. seperti entry lepas yang aku tulis mengenai perspektif kita dan juga mengenai pilihan kita.seterusnya dalam kekalutan dunia ada peraturan yang dicipta tetapi malangnya peraturan itu sendiri yang menyebabkan kekalutan. apa pula yang anda telah buat. tak berbuat apa-apa sebab anda masih berada disini. rangkap ni serius aku tak paham, sesiapa dapat mencari maksud yang tersembunyi sila tinggalkan komen.
maksud rangkap ini dari blog dkama
Menilai sesuatu dari sumber yang telah terbukti kebenarannya sudah tentu kita tidak akan sesat seperti Al-Quran dan Hadis... Atau menilai sesuatu itu mengikut perkiraan logik dari kotak pemikiran manusia yang terbatas ditambah pula dengan hati yang gelap gelita... Yang pastinya kita sentiasa ada pilihan di sini dalam membuat pertimbangan. ..
Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah... Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil... Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna... Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai... Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, Terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI...
Rangkap keempat
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Sang Algojo adalah nama orang yang menjatuhkan hukuman gantung. maksud dalam lagu ini adalah Malaikat Maut.
" Oh Malaikat Maut. Nanti dulu! Jangan kau ambil nyawaku. berikan aku sedikit masa untuk bertaubat. untuk menyatakan kalimah yang sebenarnya iaitu kalimah Syahadah. "
Rangkap terakhir
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"
rangkap korus ini adalah berdasarkan Mantiq Al-Tayr sila baca penerangan Kisah Matiq Al-Tayr untuk mengetahui ape yang di maksudkan dengan ayat "Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"
ⓁⓄⓥⒺ ♥
Khirunnisa Mazelan
Bangi.
No comments:
Post a Comment