Thursday, September 23, 2010

Bilik bedah digital RM2 juta

HOSPITAL Pakar KPJ Tawakkal di Kuala Lumpur merupakan hospital kedua di rantau ini memiliki kemudahan bilik bedah digital selepas Singapura.


KUALA LUMPUR - KPJ Healthcare Bhd. (KPJ Healthcare) melancarkan bilik bedah digital pertama di Malaysia yang menggunakan sistem navigasi di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di sini.

"Bilik bedah digital berharga RM2 juta dengan sistem navigasi itu membantu pencapaian kejayaan dalam bidang pembedahan orthopaedik.

"Bilik bedah itu juga akan bertindak sebagai platform bagi pakar-pakar orthopaedik berkongsi pengetahuan mereka serta meningkatkan pengetahuan dalam penjagaan kesihatan," kata Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir kepada pemberita di sini semalam.

No comments:

...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~