Salam,
Antara saluran untuk mengerjakan ibadah korban: berikut adalah NGO yg mengendalikan korban bg negara2 Islam yg miskin/ mengalami bencana dan yg memerlukan makanan. Sesiapa yg ingin membuat korban, boleh melayari halaman berikut:-
1) Aman Palestin - korban utk penduduk Palestin
http://amanpalestin.net/salam.php?borang_qurban
2) Ez Qurban - korban utk penduduk Islam Kemboja
http://ezqurban.org/qurban/form.php
3) Islamic Relief - beberapa negara (byk lg choice)
http://www.irm.org.my/qurbanform.html
Antara Fadhilat Qurban:
1) Menambah amal kebajikan
Zaid bin Arqam R.A. meriwayatkan (maksudnya): "Para sahabat Rasulullah bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?’ Rasulullah menjawab: ‘Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim’. Mereka berkata: ‘Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab: ‘Bagi setiap helai rambut satu kebajikan’. Mereka berkata: ‘Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab: ‘Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.’" (Hadith riwayat Ibnu Majah)
2)Mendapat keampunan bg menebus dosa lalu
Sabda Rasullah SAW kepada Sayyidatina Fatimah (maksudnya): "Hai Fatimah,berdirilah di sisi qurban mu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadith riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
3)Mendapat tempat yg mulia disisi Allah
Sabda Rasullah SAW (maksudnya): "Wahai manusia, sembelihlah qurban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah qurban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadith riwayat Thabrani)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda (maksudnya): "Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih haiwan qurban). Sesungguhnya haiwan qurban itu akan datang pada Hari Qiamat nanti lengkap dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan qurban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu laksanakan qurban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
No comments:
Post a Comment