Thursday, November 4, 2010

Sukarelawan UiTM Untuk Mangsa Banjir Warga UiTM Perlis

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam UiTM Dihatiku!


Kepada seluruh warga UiTM,

Seperti yang telah Y Bhg Dato'/ Datin/ Prof/ Tuan/ Puan sedia maklum, banjir telah melanda kawasan Utara Semenanjung dan pihak kami difahamkan UiTM Perlis juga turut terlibat dalam bencana ini. Sehubungan itu, satu pasukan sukarelawan UiTM akan digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir terutama pelajar-pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan akhir.

PIhak kami juga difahamkan pelajar-pelajar di sana menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makan dan wang di ATM juga turut kehabisan.

Oleh yang demikian, Y Bhg Dato'/ Datin/ Prof/ Tuan/ Puan atau staf di jabatan/ bahagian/ pusat/ unit masing-masing yang berhasrat untuk menjadi sukarelawan boleh menghubungi pegawai berikut:

Tuan Zulkaffli Mohd Nor (Bhg Keselamatan) - 03-5544 2152

Encik Jalaluddin (Pusat Sukan) - 03-5544 3144

Misi bantuan pertama dijangka akan bertolak ke UiTM Perlis pada petang 4 November 2011 (Khamis) -dan pegawai di atas boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan.

Pihak kami mengharapkan keprihatinan Y Bhg Dato'/ Datin/ Prof/ Tuan/ Puan bagi meringankan beban pelajar-pelajar kita yang terlibat dan perhatian Y Bhg Dato'/ Datin/ Prof/ Tuan/ Puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih dan semoga usaha murni ini mendapat berkat dari Allah swt jua.

Terima kasih.

Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid bin Abu Bakar, FASc
Naib Canselor / President
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-55442222
Fax: 03-55442030

2 comments:

Bzli said...

lambat sangat da bantuan

"myheart"-abieyazaly- said...
This comment has been removed by the author.

...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~