Thursday, September 17, 2009

Sebagai peringatan untuk kita semua..

Assalamualaikum cemua...

Panduan Penjagaan Kesihatan semasa Hari Raya

Amalkan jarak sosial yang selamat- pastikan jarak >1m dari individu lain terutamanya jika individu itu tidak sihat semasa di rumah atau menziarahi sanak-saudara.

Elakkan dari mencium tangan atau pipi individu yang mempunyai gejala ‘Influenza-like Illness’- demam, batuk, selsema dan sakit tekak.

Lazimkan membasuh tangan dengan betul- terutamanya selepas bersalaman dengan orang ramai.

Pengudaraan rumah/bilik yang bagus- buka tingkap semasa di rumah.

Amalkan pemakanan yag sihat dan seimbang serta air yang mencukupi.

Elakkan berada di tempat/majlis yang sesak/padat. Jika perlu, sila pakai 'mask' dan kurangkan masa berada di tempat tersebut.

Jika anda sakit (demam, batuk atau selsema);
Sila dapatkan rawatan dengan segera

Berehat secukupnya di bilik berasingan daripada ahli keluarga yang lain

Elakkan dehidrasi dengan banyakkan minum air (mineral, isotonik, jus buah) dan makan sup/bubur.

Jika anda masih ingin pergi beraya- sila pakai ’mask’ dan elakkan bersalaman atau mencium individu lain terutamanya golongan tua, kanak-kanak, ibu mengandung dan berpenyakit kronik (diabetes atau asthma)

Amalkan etika batuk- tutup mulut/hidung dengan tisu/sapu tangan

Basuh tangan selepas batu/bersin

Elakkan berkongsi peralatan peribadi- contohnya tuala, selimut, pinggan dan cawan

Sila ulangi rawatan jika;

sukar bernafas atau sakit dada berterusan
batuk berdarah
demam tinggi berterusan >3 hari
cirit birit/muntah berterusan
berkelakuan ganjil atau sawan
lemah/pening ketika berdiri dan kurang buang air kecil

PENCEGAHAN INFLUENZA A (H1N1) TANGGUNGJAWAB BERSAMA

2 comments:

Alimaz-Kembara Terasing said...

info yang bagus nih.....terima kasih yer...selamay hari raya.....amik dak g kad raya kat blog saya...mai la amik...jangan tak sudi plak...ikhlas nih....

"myheart"-abieyazaly- said...

THANKS ALIMAZ...SY DAH AMBK AWAI2 LG.

...~PeMbUkA bICaRa~...

~SwEeT~


~@`OrG2 yG kU sAyAnGi`@~

MUTIARA KATA...


~@~ cInTa ~@~