MENGURANGKAN PENULARAN INFLUENZA A H1N1 (SELSEMA BABI)
ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Ramai diantara warga UiTM telah mengetahui apa itu Influenza A H1N1 dan wabak ini juga telah menular dengan senyap dikalangan kita, tetapi masih ada segelintir yang tidak ambil endah atau masih tidak tahu akan kehadiran wabak ini. Baik Cegah Sebelum Parah . Ia boleh berulang seperti mana berlaku pada 19 Julai 2009 dimana ia membawa kepada penutupan Kampus UiTM Pulau Pinang pada 22 Julai 2009.
Mengawal penularan H1N1 adalah tanggungjawab setiap individu sama ada pelajar atau kakitangan UiTM malah masyarakat sekeliling kita juga terlibat. Ia bukan hanya tanggungjawab unit/jabatan/kementerian tertentu sahaja.
Influenza A H1N1 adalah merbahaya bagi individu-individu berisiko dibawah:
1) Obese atau gemuk
2) Mempunyai penyakit paru-paru seperti Bronchiol Asthma, COAD
3) Mempunyai penyakit kronik seperti Penyakit Jantung, Kencing Manis
4) Wanita Mengandung
5) Kanak, remaja dan orang tua (> 55 tahun)
6) Pesakit yang kurang daya tahan penyakit seperti AIDS, Kemoterapi
Kes kematian di Malaysia semakin meningkat dari sehari ke sehari dan kebanyakan kes adalah terdiri daripada kumpulan berisiko diatas.
Wabak ini mungkin akan berlarutan setahun sehingga 3 tahun. Oleh itu, semua warga UiTM P.Pinang perlu lakukan perkara berikut sekiranya anda mempunyai tanda-tanda jangkitan Influenza A :
DEMAM PANAS ( >38*C), BATUK, SAKIT TEKAK, SAKIT BADAN.
Apa yang patut ANDA lakukan sekiranya dijangkiti Influenza A ?
1. Makan ubat yang dibekalkan mengikut jadual
2. Minum air sebanyak mungkin supaya tidak dehidrasi serta makan makanan yang berkhasiat
3. Rehat secukupnya di rumah/ bilik
4. Segera dapatkan rawatan kecemasan sekiranya mempunyai tanda-tanda berikut :
GANGGUAN PERNAFASAN, BATUK BERDARAH, SAKIT DADA YANG BERTERUSAN, CIRIT-BIRIT ATAU MUNTAH BERTERUSAN,DEMAM PANAS MELEBIHI 3 HARI,
PERUBAHAN TINGKAHLAKU YANG ABNORMAL ATAU SAWAN,
LEMAH DAN TIDAK STABIL KETIKA BERDIRI
5. Amalkan langkah pencegahan jangkitan Influenza A dengan :
i. Sentiasa amalkan etika batuk dengan menutup muka dan hidung ketika batuk atau bersin dengan menggunakan tisu/sapu tangan serta cucikan tangan selepas batuk atau bersin
ii. Basuh tangan sekerap mungkin dengan air dan sabun secukupnya
Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah
iii. Jangan menggunakan / berkongsi barangan keperluan harian seperti pinggang mangkuk, sudu, tuala dan sebagai dengan pengidap Influenza A
iv. Elakkan dari berada di tempat yang padat sekiranya anda sedang mempunyai tanda-tanda jangkitan Influenza A sehingga sihat sepenuhnya. Sekiranya anda perlu keluar, pastikan anda sentiasa memakai penutup muka (mask) dan mengamalkan Etika Batuk
v. Jarakkan diri anda dari orang ramai sekurang-kurangnya 1 meter
Sebagai sebuah Institusi Pengajian, ada beberapa aktiviti-aktiviti teras perlu diteruskan seperti kuliah, kokurikulum, peperiksaan dan konvokesyen. Namun langkah-langkah pencegahan yang berterusan perlu dilakukan seperti asingkan/ jarakkan pelajar yang tidak sihat dengan pelajar yang sihat, pemakaian penutup muka dan arahan isolasi.
Begitu juga penganjuran program-progran dikampus, beberapa perkara untuk kebaikan bersama perlu diambil kira sebelum sesuatu program dijalankan:
1) Program yang boleh ditangguhkan, amat dialu-alukan untuk berbuat
demikian.
2) Program yang tidak boleh dielakkan perlulah mengambil langkah-langkah
tambahan seperti:
i) Pihak penganjur perlu buka kaunter saringan atau kaunter penerangan
H1N1 yang dikelolakan oleh pihak penganjur.
ii) Pemberian risalah H1N1
iii) Pengumuman oleh pihak penganjur, sebelum majlis bermula supaya
sesiapa yang mempunyai symptom ILI, asingkan diri dari crowd atau pakai
face mask.
iv) Setiap program yang dianjurkan, perlu menetapkan bujget untuk Face
Mask.
TERIMA KASIH dengan kerjasama semua pihak untuk bersama menandatangani ancaman wabak Influenza A H1N1 (Selsema Babi). Insya Allah, dengan berkat doa kepada Allah S.W.T, kita akan dilindungi-Nya dari malapetaka ini.
2 comments:
tQ info!! sharing is caring :)
THANX 4 DA INFO.....
Post a Comment